Berita Politik
'Nak mati dalam bertugas' - Abdul Hadi sahkan pertahan jawatan Presiden PAS
MARANG 11 Julai - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan akan mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti sempena Muktamar PAS ke-71 yang dijadual berlangsung di Kedah, September ini.
Ahli Parlimen Marang itu berkata, beliau tidak mempunyai sebarang niat untuk melepaskan jawatan yang telah disandangnya selama lebih dua dekad, malah berhasrat terus berkhidmat kepada parti sehingga ke akhir hayat.
Abdul Hadi yang baru-baru ini menjalani prosedur rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) pertengahan Jun lalu memaklumkan bahawa tahap kesihatannya kini masih baik.
"Saya kalau boleh nak mati dalam bertugas. Saya sihat … Alhamdulillah, masih sihat," kata pemimpin berusia 77 tahun itu ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan Kuliah Dhuha di Masjid Rusila, hari ini dalam laporan BERNAMA.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Abdul Hadi berkata perkara tersebut akan dibincangkan bersama parti-parti dalam gabungan berkenaan memandangkan pelantikan jawatan tersebut bukan keputusan PAS secara bersendirian.
“Jawatan pengerusi PN bukan ditentukan oleh PAS sahaja,” katanya.
Terdahulu, timbul khabar angin kononnya wujud desakan agar PN menukar pengerusi, namun dakwaan itu telah dinafikan oleh Muhyiddin sendiri.
Berita berkaitan
February 13, 2026, 8:35 pm
Saifuddin persoal motif pemecatan Hamzah dalam Bersatu
February 9, 2026, 11:32 am
“Nak pecat, pecat betul-betul” – Wan Fayhsal cabar Bersatu berhenti berdrama isu Hamzah
February 4, 2026, 2:18 pm
PAS nafi solo PRU16, beri isyarat mahu kukuhkan Perikatan Nasional
February 1, 2026, 11:48 am
DAP tidak ghairah tambah ahli semata-mata tingkatkan angka keahlian
January 27, 2026, 9:28 pm
UMNO belum terima permohonan rasmi penyertaan semula bekas pemimpin
January 27, 2026, 9:09 am
Mohamed Nazri tidak tolak kemungkinan bertanding pada PRU16
January 26, 2026, 4:47 pm
Muhyiddin tidak dijemput hadir mesyuarat PN kerana letak jawatan berkuat kuasa 1 Januari
January 23, 2026, 1:43 pm
Abdul Hadi nafi Muhyiddin kekal sebagai pengerusi PN
January 15, 2026, 10:31 am
