Berita Politik
Kerjasama PH-BN dijangka hasilkan kemenangan besar di PRN Sabah – Asyraf Wajdi
TANJONG KARANG 14 Julai – Strategi gabungan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan datang dijangka mampu memberi kelebihan besar berdasarkan prestasi kerjasama tersebut dalam beberapa pilihan raya terdahulu.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kejayaan gabungan itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Perak, DUN Mahkota di Johor dan DUN Nenggiri di Kelantan menjadi bukti nyata kekuatan pakatan tersebut.
“Kita dapat lihat beberapa pusat daerah mengundi (PDM) yang dahulu mustahil untuk menang kerana majoriti pengundinya bukan Melayu, kini berjaya dimenangi hasil kerjasama ini.
“Jadi, mengapa kita perlu bongkak dan menolak kerjasama? UMNO ialah parti yang terbuka dan sentiasa dinamik dalam pendekatannya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanjong Karang, hari ini.
Menurutnya, rundingan kerjasama antara PH dan BN bagi menghadapi PRN Sabah kini telah mencapai hampir 98 peratus.
Dalam perkembangan lain, Asyraf turut menyatakan keyakinan bahawa UMNO mampu merampas semula kerusi Parlimen Tanjong Karang dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang, selepas kekalahan pada PRU15 yang lalu.
“Untuk menang, formulanya mudah. Kita perlu kembali kepada asas perjuangan UMNO – bersatu, bersetia dan beriman. Jangan wujudkan kelompok atau kabilah dalam parti.
“Kerusi Tanjong Karang ini tidak pernah kita kalah sebelum ini. Jadi, ia harus menjadi antara kerusi utama yang kita tumpukan untuk dirampas kembali,” ujarnya.
Pada PRU15, kerusi Parlimen Tanjong Karang dimenangi calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Dr Zulkafperi Hanapi dengan majoriti 2,180 undi. Beliau memperoleh 18,054 undi, menewaskan calon BN, Datuk Habibah Mohd Yusof (15,874 undi) dan calon PH, Siti Rahayu (12,314 undi). - Media Telus
Berita berkaitan
December 16, 2025, 11:12 am
Kenyataan Pemuda MIC terhadap Ahmad Zahid emosionaL, tidak matang
December 15, 2025, 2:51 pm
Zahid tegaskan UMNO tiada hubungan langsung dengan DAP
December 8, 2025, 5:28 pm
MCA kekal bersama BN
December 1, 2025, 10:55 am
Kekalahan bukan noktah: Abdul Rahman Dahlan gesa UMNO Sabah bangkit
November 30, 2025, 12:31 pm
Anwar ucap tahniah kepada Hajiji, janji terus perjuang hak Sabah
November 30, 2025, 10:57 am
PRN Sabah: Lamag hampir bertukar wakil rakyat, Bung menang tipis dengan calon bebas
November 30, 2025, 10:11 am
PRN Sabah: BN sokong pembentukan Kerajaan Negeri bersama GRS
November 30, 2025, 8:18 am
Hajiji angkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah
November 30, 2025, 12:14 am
BN sedia kerjasama dengan parti lain bentuk Kerajaan Negeri Sabah baharu - Ahmad Zahid
November 29, 2025, 10:42 pm
