Berita Dunia
Kotak hitam dedah kapten pesawat Air India matikan suis bahan api punca terhempas
BENGALURU 17 Julai – Laporan Wall Street Journal (WSJ) semalam mendedahkan, rakaman kotak hitam pesawat Air India menunjukkan kapten pesawat didakwa mematikan suis yang mengawal aliran bahan api ke dua enjin pesawat terbabit.
Pendedahan itu memetik sumber yang terlibat dalam penilaian awal oleh pegawai Amerika Syarikat (AS) terhadap bukti siasatan nahas yang mengorbankan 260 nyawa bulan lalu.
Bagaimanapun, agensi berita Reuters memaklumkan mereka belum dapat mengesahkan laporan WSJ itu secara bebas.
Dalam perkembangan berkaitan, Air India dilaporkan sedang menyiapkan laporan pemeriksaan terhadap suis kawalan bahan api pada pesawat Boeing 787 dan setakat ini tiada sebarang isu dikenal pasti.
Isnin lalu, pihak berkuasa penerbangan India mengarahkan semua syarikat penerbangan di negara itu memeriksa suis bahan api pada beberapa model pesawat Boeing.
Arahan sama turut dikeluarkan oleh Korea Selatan sehari kemudian.
Fokus siasatan kini tertumpu kepada suis kawalan bahan api selepas laporan awal nahas minggu lalu menunjukkan suis berkenaan hampir serentak bertukar dari posisi ‘run’ ke ‘cut off’ sejurus selepas pesawat berlepas.
Direktorat Jeneral Penerbangan Awam India (DGCA) turut mengesahkan telah mengeluarkan arahan siasatan terhadap suis bahan api pada beberapa model pesawat Boeing termasuk 787 dan 737, selepas beberapa syarikat penerbangan India dan antarabangsa mula menjalankan pemeriksaan masing-masing.
Dalam insiden tragis itu, pesawat Boeing Dreamliner milik Air India yang dalam penerbangan dari Ahmedabad ke London mula kehilangan kuasa tujahan dan terhempas tidak lama selepas berlepas, menjadikannya antara nahas paling buruk dalam dekad ini. - Agensi
Berita berkaitan
December 17, 2025, 1:11 pm
Trump larang warga Palestin masuk AS
December 15, 2025, 8:32 pm
Ibu bapa doa keselamatan lelaki disanjung wira insiden tembakan Pantai Bondi
December 15, 2025, 9:16 am
Serangan tembakan Pantai Bondi: Polis sahkan bapa, anak dalang,16 terkorban
December 9, 2025, 12:53 pm
Kemboja balas serangan, pertempuran dengan Thailand semakin tegang
December 1, 2025, 10:02 pm
Afrika lancar suntikan cegah HIV pertama
November 28, 2025, 8:16 pm
Penduduk Hatyai ambil barang tanpa bayar selepas banjir cetus perdebatan
November 28, 2025, 1:38 pm
Terpaksa tambah peti mayat, 105 mayat ditemui dalam tempoh lima hari banjir landa Hatyai
November 28, 2025, 9:39 am
Korban kebakaran terburuk di Hong Kong cecah 94 orang
November 27, 2025, 10:09 am
