Berita Politik
Amanah dalam kepimpinan bukan medan mencari pengaruh – Abdul Hadi
KUALA LUMPUR 18 Julai – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa kepimpinan dalam Islam adalah satu amanah besar yang tidak seharusnya dijadikan medan untuk mencari pengaruh atau kemegahan.
Menurut beliau, amanah kepimpinan merupakan tanggungjawab berat yang hanya layak dipikul oleh individu berilmu, berintegriti dan benar-benar takut kepada Allah SWT.
Katanya, apabila kuasa diserahkan kepada individu yang tidak layak, maka berlakulah kerosakan, pengabaian prinsip agama, pengkhianatan janji serta penderitaan rakyat.
“Kepimpinan akan berubah menjadi alat untuk mempertahankan kedudukan dan mengejar kepentingan diri, bukan lagi sebagai wadah membela agama dan umat,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut mengingatkan bahawa Rasulullah SAW pernah mengaitkan kelalaian terhadap amanah sebagai petanda kedatangan Hari Kiamat.
“Seorang lelaki pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang Hari Kiamat. Baginda tidak terus menjawab, sebaliknya meneruskan majlis. Pada akhir pertemuan, barulah Baginda bersabda bahawa Hari Kiamat akan berlaku apabila amanah telah disia-siakan,” katanya.
Tambah beliau, Islam mengajar umatnya untuk memilih pemimpin berdasarkan kelayakan dan ketakwaan, bukan atas dasar simpati atau retorik semata-mata.
“Kepimpinan ialah amanah yang akan dipersoalkan. Umat yang celik akan kembali meletakkan syarat iman dan integriti dalam membuat pilihan. Inilah asas penting bagi menyelamatkan masa depan umat, agama dan tanah air,” tegasnya. – Media Telus
Berita berkaitan
February 13, 2026, 8:35 pm
Saifuddin persoal motif pemecatan Hamzah dalam Bersatu
February 9, 2026, 11:32 am
“Nak pecat, pecat betul-betul” – Wan Fayhsal cabar Bersatu berhenti berdrama isu Hamzah
February 4, 2026, 2:18 pm
PAS nafi solo PRU16, beri isyarat mahu kukuhkan Perikatan Nasional
February 1, 2026, 11:48 am
DAP tidak ghairah tambah ahli semata-mata tingkatkan angka keahlian
January 27, 2026, 9:28 pm
UMNO belum terima permohonan rasmi penyertaan semula bekas pemimpin
January 27, 2026, 9:09 am
Mohamed Nazri tidak tolak kemungkinan bertanding pada PRU16
January 26, 2026, 4:47 pm
Muhyiddin tidak dijemput hadir mesyuarat PN kerana letak jawatan berkuat kuasa 1 Januari
January 23, 2026, 1:43 pm
Abdul Hadi nafi Muhyiddin kekal sebagai pengerusi PN
January 15, 2026, 10:31 am
