Berita Dunia
Malaysia terkena 'tempias, Indonesia mula laksana pembenihan awan tangani kebakaran hutan di Riau
JAKARTA 21 Julai – Indonesia akan memulakan operasi pembenihan awan bermula Isnin dalam usaha memadam kebakaran hutan dan tanah gambut yang semakin memburuk di Wilayah Riau.
Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB), Abdul Muhari berkata, operasi itu dijadual berlangsung sekurang-kurangnya selama tujuh hari dan boleh dilanjutkan bergantung kepada situasi semasa.
"Sebuah pesawat Cessna berlepas dari Lapangan Terbang Pondok Cabe, Wilayah Banten pada Ahad, dan pembenihan awan menggunakan natrium klorida (NaCl) akan dimulakan Isnin bagi merangsang hujan di kawasan terjejas," katanya dalam kenyataan.
Menurut data Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG), sebanyak 1,208 tompok panas dikesan di seluruh Sumatera setakat Ahad, dengan 586 daripadanya berada di Riau.
Media tempatan Metro TV melaporkan jerebu daripada kebakaran tersebut telah sampai ke beberapa bahagian di Malaysia.
BNPB turut mengerahkan helikopter Bell 206 bagi rondaan udara serta memindahkan helikopter pengebom air Mi-8MSB-T dari Palembang ke Riau. Pasukan petugas darat turut digerakkan melibatkan pegawai bencana, anggota tentera dan polis, pasukan bomba serta sukarelawan. - Agensi
Berita berkaitan
December 17, 2025, 1:11 pm
Trump larang warga Palestin masuk AS
December 15, 2025, 8:32 pm
Ibu bapa doa keselamatan lelaki disanjung wira insiden tembakan Pantai Bondi
December 15, 2025, 9:16 am
Serangan tembakan Pantai Bondi: Polis sahkan bapa, anak dalang,16 terkorban
December 9, 2025, 12:53 pm
Kemboja balas serangan, pertempuran dengan Thailand semakin tegang
December 1, 2025, 10:02 pm
Afrika lancar suntikan cegah HIV pertama
November 28, 2025, 8:16 pm
Penduduk Hatyai ambil barang tanpa bayar selepas banjir cetus perdebatan
November 28, 2025, 1:38 pm
Terpaksa tambah peti mayat, 105 mayat ditemui dalam tempoh lima hari banjir landa Hatyai
November 28, 2025, 9:39 am
Korban kebakaran terburuk di Hong Kong cecah 94 orang
November 27, 2025, 10:09 am
