Berita Dunia
Akhirnya, 'Sister Hong' dicekup polis
NANJING 22 Julai – Seorang lelaki berusia 38 tahun di China ditahan pihak berkuasa selepas disyaki merakam secara rahsia hubungan seks dengan ratusan lelaki termasuk pelajar, golongan profesional dan warga asing untuk dijual menerusi langganan tertutup dalam talian.
Suspek yang dikenali dengan nama samaran ‘Sister Hong’ atau ‘Uncle Red’ di platform media sosial tempatan, menyamar sebagai wanita menggunakan solekan tebal, rambut palsu dan pakaian wanita bagi memperdaya mangsa melalui aplikasi janji temu serta rangkaian sosial atas talian.
Menurut kenyataan rasmi polis Nanjing, mangsa telah diajak ke kediaman suspek yang dilengkapi kamera tersembunyi, sebelum rakaman hubungan intim mereka dilakukan tanpa pengetahuan mangsa. Dalam beberapa kes, suspek turut memanipulasi suaranya untuk meyakinkan mangsa bahawa dia seorang wanita.
Rakaman berkenaan kemudian dimuat naik dan dijual kepada kumpulan pelanggan tertutup dalam talian dengan bayaran sekitar 150 yuan (RM98) bagi setiap akses. Polis sedang menyiasat jumlah keuntungan yang diperoleh daripada kegiatan tersebut.
Kes ini menjadi tular di media sosial China dan dikenali sebagai ‘Insiden Sister Hong’, mencetuskan kemarahan orang ramai dan menjadi topik hangat di platform Weibo dengan lebih 200 juta tontonan dalam beberapa hari.
Pelbagai parodi, meme dan peniruan digital bilik suspek turut tersebar, mencerminkan kejutan budaya serta keseriusan insiden berkenaan.
Terdapat dakwaan awal mengatakan lebih 1,600 lelaki menjadi mangsa namun jumlah sebenar masih dalam siasatan. Pihak berkuasa menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih atau sensitif berkaitan kes ini.
Lebih membimbangkan, penyebaran semula video eksplisit tanpa suntingan telah menyebabkan beberapa mangsa dikenal pasti ahli keluarga atau pasangan masing-masing, mencetuskan impak serius termasuk penceraian dan tekanan emosi.
Suspek ditahan secara rasmi pada 5 Julai lalu dan dijangka didakwa atas kesalahan menghasilkan serta mengedar bahan lucah, selain kemungkinan menghadapi pertuduhan tambahan berkaitan pelanggaran privasi dan hak imej.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Nanjing turut menawarkan saringan kesihatan percuma kepada individu yang mungkin terkesan, namun enggan mengulas tentang kemungkinan jangkitan penyakit kelamin atas faktor kerahsiaan perubatan.
Pihak berkuasa kini giat menurunkan semua kandungan lucah berkaitan serta menyiasat saluran pengedaran, sambil menggesa orang ramai agar menghormati privasi mangsa dan tidak menyebarkan bahan sensitif berkenaan. – Agensi
Berita berkaitan
October 29, 2025, 12:45 pm
Israel langgar gencatan senjata, Gaza kembali berdarah
October 28, 2025, 3:24 pm
Katy Perry, Justin Trudeau sahkan hubungan cinta secara terbuka di Paris
October 28, 2025, 10:56 am
Israel dilanda wabak maut terburuk, catat 5,000 kes dengan 8 kematian
October 21, 2025, 4:02 pm
Terima sokongan majoriti, Sanae Takaichi dilantik Perdana Menteri Wanita pertama Jepun
October 16, 2025, 12:09 pm
Trump pertimbang arah Israel serang semula Gaza jika Hamas langgar gencatan senjata
October 11, 2025, 11:47 am
AS kenakan tarif 100 peratus ke atas import China mulai 1 November — Trump
October 11, 2025, 10:19 am
Israel tarik balik tentera, perang di Gaza berakhir — Rakyat Palestin mula pulang ke rumah
October 9, 2025, 10:48 am
Israel, Hamas setuju laksana fasa pertama pelan damai Trump bagi Gaza
October 7, 2025, 9:14 am
Greta Thunberg selamat tiba di Greece selepas dibebaskan dari tahanan Israel
October 6, 2025, 9:43 am
