Berita Dunia
Konflik Thailand-Kemboja: Lebih 100,000 dipindahkan, 14 terbunuh
BANGKOK 25 Julai - Ketegangan memuncak di sempadan Thailand-Kemboja apabila pertempuran antara kedua-dua negara mencetuskan insiden paling berdarah dalam lebih sedekad, memaksa lebih 100,000 penduduk dipindahkan ke pusat perlindungan.
Menurut Kementerian Dalam Negeri Thailand, seramai 100,672 orang dari empat wilayah bersempadan dengan Kemboja telah dipindahkan, manakala Kementerian Kesihatan mengesahkan angka korban meningkat kepada 14 orang.
Dalam kejadian terbaru semalam, Timbalan Jurucakap Tentera Thailand, Ritcha Suksuwanon berkata, tentera Kemboja melepaskan tembakan roket dan peluru artileri ke arah Thailand.
"Enam jet pejuang tentera udara Thailand dikerahkan dan membedil dua sasaran ketenteraan Kemboja di darat," katanya.
Pertempuran itu merupakan peningkatan besar dalam pertikaian lama antara kedua-dua negara jiran berhubung kawasan sempadan dikenali sebagai 'Emerald Triangle' atau Segitiga Zamrud, tempat pertemuan sempadan Thailand, Kemboja dan Laos, yang juga popular dalam kalangan pelancong.
Wartawan AFP turut melaporkan suasana cemas di kawasan sempadan apabila penduduk Kemboja mula melarikan diri dari kampung masing-masing untuk menyelamatkan diri daripada serangan.
Mangsa yang dipindahkan di pihak Thailand kini ditempatkan di gimnasium Universiti Surindra Rajabhat di wilayah Surin yang bersempadan dengan Kemboja.
Pertikaian sempadan ini pernah mencetuskan pertempuran berdarah lebih 15 tahun lalu, dan konflik kembali memuncak pada Mei lalu apabila seorang askar Kemboja terbunuh dalam insiden tembak-menembak.
Sementara itu, jurucakap Kementerian Pertahanan Kemboja, Maly Socheata enggan memberikan komen dan belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai jumlah korban di pihak mereka.
Permintaan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet, telah mendorong Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk dijangka mengadakan mesyuarat tergempar pagi ini bagi membincangkan perkembangan terkini konflik berkenaan, menurut sumber diplomatik kepada AFP.
Konflik ini turut mendapat perhatian antarabangsa apabila Kesatuan Eropah dan China — sekutu rapat Phnom Penh — serta Amerika Syarikat dan Perancis menyatakan kebimbangan serius dan menggesa semua pihak kembali ke meja rundingan segera. – AFP
Berita berkaitan
October 29, 2025, 12:45 pm
Israel langgar gencatan senjata, Gaza kembali berdarah
October 28, 2025, 3:24 pm
Katy Perry, Justin Trudeau sahkan hubungan cinta secara terbuka di Paris
October 28, 2025, 10:56 am
Israel dilanda wabak maut terburuk, catat 5,000 kes dengan 8 kematian
October 21, 2025, 4:02 pm
Terima sokongan majoriti, Sanae Takaichi dilantik Perdana Menteri Wanita pertama Jepun
October 16, 2025, 12:09 pm
Trump pertimbang arah Israel serang semula Gaza jika Hamas langgar gencatan senjata
October 11, 2025, 11:47 am
AS kenakan tarif 100 peratus ke atas import China mulai 1 November — Trump
October 11, 2025, 10:19 am
Israel tarik balik tentera, perang di Gaza berakhir — Rakyat Palestin mula pulang ke rumah
October 9, 2025, 10:48 am
Israel, Hamas setuju laksana fasa pertama pelan damai Trump bagi Gaza
October 7, 2025, 9:14 am
Greta Thunberg selamat tiba di Greece selepas dibebaskan dari tahanan Israel
October 6, 2025, 9:43 am
