Berita Politik
Himpunan 'Turun Anwar' gagal, pembangkang main gimik politik lapuk - AMK Klang
KLANG 27 Julai – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Klang menyifatkan demonstrasi ‘Turun Anwar’ yang dianjurkan pembangkang sebagai gagal dan menjadi bukti bahawa rakyat masih memberikan kepercayaan kukuh terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua AMK Klang, Mohamad Shahrul Adnan, berkata kegagalan perhimpunan itu yang disasarkan menghimpunkan 500,000 peserta tetapi hanya berjaya mengumpulkan sekitar 18,000 orang berdasarkan angka rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan rakyat sudah muak dengan politik kebencian dan fitnah.
“Demonstrasi hambar ini hanyalah gimik politik lapuk yang langsung tidak berakar kepada realiti semasa. Rakyat sudah bijak menilai. Mereka mahukan hasil, bukan retorik. Mereka nilai dasar, bukan drama,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Shahrul turut menegaskan bahawa jika benar pembangkang mahu menukar Perdana Menteri, ia sepatutnya dilakukan melalui saluran sah perlembagaan, bukannya dengan menjadikan jalanan sebagai medan politik.
“Bawalah usul undi tidak percaya di Parlimen, buktikan bahawa anda memiliki sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat. Jangan jadikan demonstrasi sebagai cubaan menutup kelemahan sendiri,” tambahnya.
Menurut beliau lagi, rakyat sedang menyaksikan pelbagai pencapaian positif yang dicapai di bawah kepimpinan Anwar termasuk kejayaan menarik pelaburan asing tertinggi, mengurus ekonomi negara secara berhemah, serta memulihkan keyakinan pelabur dan pasaran antarabangsa.
Katanya, kestabilan politik juga berjaya dikekalkan, meskipun negara sebelum ini bergelut dengan ketidaktentuan akibat perebutan kuasa yang tidak bermoral.
“Datuk Seri Anwar telah memperjuangkan agenda reformasi selama berdekad, dan dalam tempoh singkat sebagai Perdana Menteri, beliau berjaya mengembalikan Malaysia ke landasan yang betul,” katanya lagi.
Dalam masa sama, AMK Klang turut menegaskan komitmen mereka untuk terus menyokong Kerajaan Perpaduanserta usaha Anwar membina sebuah Malaysia yang lebih progresif, adil dan inklusif.
Shahrul juga menggesa pihak pembangkang supaya menghentikan pendekatan politik lama yang tidak membawa manfaat kepada rakyat.
“Berhentilah menabur fitnah semata-mata untuk kekal relevan dalam lanskap politik tanah air,” katanya.
Berita berkaitan
February 13, 2026, 8:35 pm
Saifuddin persoal motif pemecatan Hamzah dalam Bersatu
February 9, 2026, 11:32 am
“Nak pecat, pecat betul-betul” – Wan Fayhsal cabar Bersatu berhenti berdrama isu Hamzah
February 4, 2026, 2:18 pm
PAS nafi solo PRU16, beri isyarat mahu kukuhkan Perikatan Nasional
February 1, 2026, 11:48 am
DAP tidak ghairah tambah ahli semata-mata tingkatkan angka keahlian
January 27, 2026, 9:28 pm
UMNO belum terima permohonan rasmi penyertaan semula bekas pemimpin
January 27, 2026, 9:09 am
Mohamed Nazri tidak tolak kemungkinan bertanding pada PRU16
January 26, 2026, 4:47 pm
Muhyiddin tidak dijemput hadir mesyuarat PN kerana letak jawatan berkuat kuasa 1 Januari
January 23, 2026, 1:43 pm
Abdul Hadi nafi Muhyiddin kekal sebagai pengerusi PN
January 15, 2026, 10:31 am
