Berita Politik
'Jangan harapkan 'striker' saja untuk menang, yang lain kena 'perform' juga' - Johari tegur ahli UMNO
SHAH ALAM, 28 Julai – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, menggesa ahli-ahli parti agar membentuk pasukan yang mantap di semua peringkat sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, kekuatan sesebuah parti politik terletak pada kerja berpasukan yang kukuh, bukan sekadar bergantung kepada pemimpin atau individu tertentu.
“Dalam bola sepak, apabila kita berlawan… bukan boleh ada penyerang sahaja. Letak satu 'striker' tetapi yang lain tidak 'perform'… susahlah. Jadi kita kena (berlawan) secara berpasukan.
“Kalau pasukan itu betul, mantap, tidak ada percanggahan khususnya untuk berdepan dalam pilihan raya, insya-Allah 50 peratus kita sudah boleh menang. Yang lain itu bergantung kepada isu yang berbangkit dalam kerajaan dan negara,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Shah Alam, di sini, semalam.
Dalam ucapannya, Johari turut menggesa semua ahli UMNO supaya melakukan perubahan minda secara drastik, dengan memberi perhatian kepada pandangan serta kehendak generasi muda, agar parti kekal relevan dan mampu terus memimpin negara.
“Pengundi-pengundi kita ini, 40 peratus daripadanya adalah pengundi muda dan mempunyai pemikiran yang sangat berbeza dengan nenek moyang kita.
“Perkara ini berlaku di seluruh dunia apabila audien kita di umur 18 tahun secara automatik boleh jadi pengundi.
“Kalau kita sebagai parti tidak boleh faham pemikiran anak-anak muda, macam mana nak mengolah dan sentiasa melahirkan pemimpin muda yang memahami, masalah kita nanti sangat besar,” katanya.
Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari, berkata barisan kepimpinan bahagian itu kini dianggotai oleh majoriti golongan muda, sebagai sebahagian daripada usaha untuk memastikan parti sentiasa segar dengan idea baharu.
“Kepimpinan UMNO di Shah Alam adalah pasukan baharu yang kebanyakannya disertai golongan muda.
“Kami mengambil pendekatan membawa hampir tiga per empat anak muda dalam barisan tertinggi bahagian bagi mendapatkan suara dan pandangan mereka untuk memantapkan lagi masa depan parti,” katanya.
Beliau turut memaklumkan bahawa mesyuarat perwakilan kali ini akan membincangkan beberapa perkara penting termasuk isu pengagihan kerusi UMNO Bahagian Shah Alam serta perincian berkaitan Titah Adendum.
Berita berkaitan
February 13, 2026, 8:35 pm
Saifuddin persoal motif pemecatan Hamzah dalam Bersatu
February 9, 2026, 11:32 am
“Nak pecat, pecat betul-betul” – Wan Fayhsal cabar Bersatu berhenti berdrama isu Hamzah
February 4, 2026, 2:18 pm
PAS nafi solo PRU16, beri isyarat mahu kukuhkan Perikatan Nasional
February 1, 2026, 11:48 am
DAP tidak ghairah tambah ahli semata-mata tingkatkan angka keahlian
January 27, 2026, 9:28 pm
UMNO belum terima permohonan rasmi penyertaan semula bekas pemimpin
January 27, 2026, 9:09 am
Mohamed Nazri tidak tolak kemungkinan bertanding pada PRU16
January 26, 2026, 4:47 pm
Muhyiddin tidak dijemput hadir mesyuarat PN kerana letak jawatan berkuat kuasa 1 Januari
January 23, 2026, 1:43 pm
Abdul Hadi nafi Muhyiddin kekal sebagai pengerusi PN
January 15, 2026, 10:31 am
