Berita Politik
BN–PH ‘dikunci’ hadapi PRN Sabah – Zahid
KUALA LUMPUR 29 Julai – Barisan Nasional (BN) telah memuktamadkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) sebagai rakan kongsi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang, kata Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Menurutnya, walaupun Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah mengesahkan kerjasama dengan PH, BN masih terbuka untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana parti atau gabungan lain di Sabah demi memastikan kemenangan.
“Kita sudah memuktamadkan perkongsian kolaborasi dengan PH. Ertinya BN dan PH dikunci sebagai rakan kongsi di PRN Sabah,” katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan Karnival Mega 3 Dimensi (MK3D) 2025 di MITEC, hari ini.
Beliau turut menyatakan rasa hormat terhadap kesepakatan yang dicapai antara PH dan GRS, namun menegaskan bahawa BN–PH tetap akan membuka ruang kerjasama dengan pihak lain demi kestabilan politik Sabah.
Katanya, kerjasama BN–PH itu akan diurus dengan semangat muafakat dan menghormati autonomi politik Sabah.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi penggal ke-16 dijangka terbubar sendiri pada akhir Oktober 2025, dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengadakan PRN selewat-lewatnya penghujung Disember.
Sebelum ini, Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor mengesahkan bahawa GRS akan meneruskan kerjasama politik dengan PH Sabah bagi menghadapi PRN akan datang. Pembahagian kerusi antara GRS dan PH masih di peringkat perbincangan. – Media Telus
Berita berkaitan
February 13, 2026, 8:35 pm
Saifuddin persoal motif pemecatan Hamzah dalam Bersatu
February 9, 2026, 11:32 am
“Nak pecat, pecat betul-betul” – Wan Fayhsal cabar Bersatu berhenti berdrama isu Hamzah
February 4, 2026, 2:18 pm
PAS nafi solo PRU16, beri isyarat mahu kukuhkan Perikatan Nasional
February 1, 2026, 11:48 am
DAP tidak ghairah tambah ahli semata-mata tingkatkan angka keahlian
January 27, 2026, 9:28 pm
UMNO belum terima permohonan rasmi penyertaan semula bekas pemimpin
January 27, 2026, 9:09 am
Mohamed Nazri tidak tolak kemungkinan bertanding pada PRU16
January 26, 2026, 4:47 pm
Muhyiddin tidak dijemput hadir mesyuarat PN kerana letak jawatan berkuat kuasa 1 Januari
January 23, 2026, 1:43 pm
Abdul Hadi nafi Muhyiddin kekal sebagai pengerusi PN
January 15, 2026, 10:31 am
