Berita Berita
Budak 2 tahun cedera hingga berbirat muka dipercayai dibelasah suami pengasuh
KUALA LUMPUR 18 Ogos – Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun, dikenali sebagai Ean Zafran, didakwa menjadi mangsa dera selepas dipercayai ditampar oleh suami kepada pengasuhnya, sehingga menyebabkan wajahnya berbalar dan berbirat.
Perkara itu didedahkan oleh ibu saudara mangsa menerusi hantaran di media sosial yang kini tular, sekali gus menimbulkan kemarahan orang ramai.
“Hancur luluh hati kami sekeluarga. Tiada kata mampu menggambarkan betapa peritnya hati ini apabila melihat keadaan anak saudara kesayangan kami,” katanya.
Menurutnya, kejadian itu dipercayai berlaku sekitar jam 12 tengah hari, namun kanak-kanak tersebut hanya dipulangkan semula kepada keluarga pada jam 10 malam tanpa sebarang rawatan perubatan.
“Katanya suami dia tampar, tapi doktor beritahu kesan di wajah Ean bukan sekadar tamparan. Sampai sekarang berbirat di kawasan mata masih jelas kelihatan,” dakwanya.
Ibu saudara mangsa turut menzahirkan rasa kesal kerana anak kecil yang masih belum pandai bercakap itu menjadi mangsa kekejaman orang dewasa yang tidak berperikemanusiaan.
“Kami hanya mahu keadilan buat Ean Zafran, dan berharap tiada lagi anak kecil lain yang menjadi mangsa sekejam ini,” ujarnya.
Setakat ini, belum ada pengesahan lanjut daripada pihak berkuasa berhubung dakwaan tersebut. Namun, warganet menyeru agar siasatan segera dilakukan dan tindakan tegas dikenakan terhadap pihak yang terbabit. - Media Telus
Berita berkaitan
October 28, 2025, 8:59 pm
Khairy kritik sambutan keterlaluan ketibaan Trump ke Malaysia
October 28, 2025, 8:49 pm
Warden bekas tentera tingkat disiplin pelajar MRSM – Asyraf Wajdi
October 28, 2025, 8:39 pm
Anwar kongsi pengalaman menaiki limosin rasmi Presiden AS ‘The Beast’ bersama Trump
October 28, 2025, 8:33 pm
Ibu bapa kanak-kanak cedera dikelar ditahan polis
October 28, 2025, 8:27 pm
Trump puji Malaysia sebagai negara hebat dan bertenaga selepas lawatan rasmi dua hari
October 28, 2025, 7:20 pm
'Mahu tolong lebih ramai orang, wujud peluang pekerjaan' - Rafizi buka kedai makan, barangan harian RM5
October 28, 2025, 5:20 pm
Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 ditutup, Malaysia serah kepengerusian kepada Filipina
October 28, 2025, 4:08 pm
Polis tahan tukang masak wanita sebar video kemaluan lelaki OKU ‘Mat Tere’
October 28, 2025, 3:19 pm
Sembilan lelaki termasuk remaja ditahan terbabit pergaduhan di kedai makan Rengit
October 28, 2025, 3:14 pm
