Berita Berita
Diarah jalan itik hingga kaki melecet dan bengkak, lebih 20 pelajar perempuan di Melaka lapor polis jadi mangsa buli senior di asrama
MELAKA 19 Ogos - Lebih 20 pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di Sungai Udang dekat sini dilaporkan menjadi mangsa buli pelajar senior di asrama sehingga mengalami bengkak serta melecet pada bahagian kaki, dalam kejadian awal pagi Sabtu lalu.
Menurut sumber, insiden itu berlaku kira-kira jam 3 pagi selepas kesemua pelajar terbabit diarahkan berkumpul di koridor asrama oleh pelajar senior.
“Kejadian melibatkan pelajar perempuan Tingkatan Tiga yang dikatakan pulang lewat ke asrama. Pelajar senior membuat pengumuman untuk berjumpa mereka pada pukul 3 pagi.
“Menurut pelajar yang membuat laporan, dia dan seorang rakannya disuruh berjalan itik selama 30 minit, manakala beberapa pelajar lain pula dikenakan ketuk ketampi. Hukuman ditambah bagi mereka yang datang lewat,” katanya.
Akibat tindakan itu, beberapa pelajar mengalami kecederaan termasuk bengkak dan melecet di bahagian kaki.
Sumber itu menambah, seorang mangsa turut mendakwa dia sering menjadi sasaran buli tetapi sebelum ini tidak berani melaporkannya kerana takut kepada senior di asrama.
Namun, bimbang terhadap keselamatan diri, mangsa akhirnya tampil membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Udang kira-kira jam 1 pagi semalam.
Berita berkaitan
April 2, 2026, 8:18 pm
Pelajar Tingkatan 5 parah dirempuh pacuan empat roda ketika melintas jalan
April 2, 2026, 8:12 pm
Penjawat awam di zon terpilih dibenarkan BDR tiga hari seminggu mulai 15 April
April 2, 2026, 5:15 pm
Polis buka dua kertas siasatan insiden bas ekspres, lori ayam bertengkar di Gerik
April 2, 2026, 5:03 pm
Penunggang motosikal putus kaki dirempuh pemandu langgar lampu merah di Jalan Sultan Ismail
April 2, 2026, 4:55 pm
Rafizi mengaku 'gagal' berdiam diri, enggan membodek walau ditekan pelbagai pihak
April 2, 2026, 4:35 pm
Pendidikan undang-undang perlu diperkasa untuk lahirkan peguam masa depan — Prof Sivakumar
April 2, 2026, 4:32 pm
