Berita Berita
Anwar pertahan pelantikan M.Kumar Ketuai JSJ Bukit Aman, tegas bukan isu perkauman
PUTRAJAYA 20 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan pelantikan Datuk M Kumar sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, sambil menegaskan keputusan itu dibuat berdasarkan kelayakan, bukannya perkauman.
Anwar berkata, beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan pelantikan tersebut selagi individu berkenaan mampu melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan.
“Itu pun ada kritik di Parlimen, beberapa Ahli Parlimen Pembangkang pernah bangkitkan bagaimana satu agensi ataupun badan penguatkuasaan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahagian jenayah itu 90 peratus (adalah) Melayu.
“Ketuanya Kumar, India. Bagi saya, itu bukan masalah. Siapa yang rasa ada peranan, mampu, kendali dengan baik, dia tonjolkan. Ketua Polis Negara masih Melayu. Timbalan Ketua Polis Negara masih Melayu, pengarah-pengarah lain Melayu. Bagi saya, bukan jadi masalah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di sini, hari ini, yang turut dihadiri Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying; dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.
Sebelum ini, seorang pemimpin pembangkang secara sinis merakamkan ucapan tahniah kepada Kumar sambil mendakwa Malaysia sudah mula menerima konsep ‘Malaysian Malaysia’. Pemimpin sama turut menyentuh mengenai Komandan Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Datuk Johnny Lim Eng Seng yang dinaikkan pangkat ke Leftenan Jeneral dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Mengulas lanjut, Anwar berkata, beliau terkilan apabila masih ada pihak mendakwa bahawa kuasa Melayu kian terhakis dan diserahkan kepada kaum lain.
“Tapi, ada yang mengatakan bahawa kuasa Melayu akan segera terhakis, semua kita serah pada Cina. Ini dialog yang akan berterusan dalam negara pelbagai kaum dan pelbagai agama.
“Sesetengah negara kalau tengok golongan minoriti itu terus terpelanting. Muslim minoriti di banyak negara, itu langsung tak dipedulikan, nak cari satu hakim, satu pegawai tinggi, satu pegawai tentera pun susah. Tapi kita tak mahu jalankan program sebegitu di negara ini,” katanya. - Media Telus
Berita berkaitan
April 3, 2026, 1:52 pm
Balu, anak mangsa 'rider' terima pencen PERKESO selepas tragedi dirempuh pemandu mabuk
April 3, 2026, 12:33 pm
Subsidi nelayan RM1.65 seliter masih mencukupi, tidak wajar dipertikaikan – Pengerusi LKIM
April 3, 2026, 12:15 pm
Trump raikan serangan jambatan Iran, beri amaran 'lebih banyak akan menyusul'
April 3, 2026, 12:14 pm
Trump pecat Peguam Negara Pam Bondi, lantik bekas peguam peribadi jadi pemangku
April 3, 2026, 12:10 pm
Azalina saran tingkatkan hukuman pemandu mabuk, bangkitkan rasa gerun masyarakat
April 3, 2026, 12:03 pm
BDR mampu jimat subsidi petrol RM169 juta sebulan, kurangkan 4.51 juta liter penggunaan harian
April 3, 2026, 11:57 am
Ketua Pengarah JAS, Timbalan mengaku tidak bersalah terima rasuah kes e-waste
April 3, 2026, 11:52 am
