TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

'Fikir cita-cita jangka panjang' - Saifuddin rai kejayaan anak pengiringnya raih 9A dalam SPM

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 3 April – Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail menzahirkan ucapan tahniah kepada Nurul Aira Qistina atas kejayaan cemerlang memperoleh 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.

Beliau berkata, kejayaan itu amat membanggakan, lebih-lebih lagi apabila pelajar berkenaan merupakan anak kepada pengiring bermotosikalnya, Sarjan Nurul Redzuan yang disifatkan sentiasa menjalankan tugas dengan penuh komitmen.

Menurutnya, kesempatan turut diambil untuk meraikan keluarga berkenaan sebagai tanda penghargaan atas dedikasi ditunjukkan.

Dalam pertemuan itu, beliau turut bertanya mengenai perancangan masa depan pelajar berkenaan susulan pencapaian cemerlang yang membuka pelbagai pilihan pendidikan.

“Saya cuma pesan, ambil masa fikir betul-betul dan fikir cita-cita jangka panjang,” katanya.

Beliau turut mendoakan agar Nurul Aira Qistina terus melakar kejayaan pada masa depan serta kembali menyumbang kepada negara.

+ - reset