Berita Berita
KKM pertimbang skim khas tanggung penjagaan kesihatan warga emas - Dr Dzulkefly
KUALA LUMPUR 4 Sept – Kementerian Kesihatan (KKM) bersedia mengkaji reformasi pembiayaan penjagaan kesihatan khusus untuk warga emas bagi menghadapi perubahan demografi negara yang menuju ke arah masyarakat menua.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, antara cadangan yang dipertimbangkan ialah mewujudkan skim perlindungan sosial atau caruman khas sebagai persediaan membiayai keperluan kesihatan pada usia tua.
"Perubahan demografi ini sememangnya menuntut kita mempelbagaikan dan menambah sumber pembiayaan awam," katanya ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Negara.
Beliau berkata, KKM turut merangka penubuhan Dana Kesihatan Nasional yang dibiayai hasil cukai langsung dan tidak langsung termasuk cukai prokesihatan terhadap produk berisiko seperti rokok, vape, alkohol dan minuman bergula.
"Pelaksanaan cukai ini juga diharap dapat mempengaruhi perubahan tingkah laku ke arah kehidupan lebih sihat. Dana ini akan digunakan bukan hanya untuk rawatan tetapi bagi mengukuhkan pendekatan kesihatan awam dan pencegahan," jelasnya.
Selain itu, Dr Dzulkefly menekankan perlunya pendekatan inovatif dan mampan dalam sistem pembiayaan kesihatan, tanpa hanya bergantung kepada kaedah tradisional.
Dalam perkembangan berkaitan, katanya KKM sedang meneliti keperluan meminda Akta Tisu Manusia 1974 bagi memperkukuh undang-undang berkaitan pendermaan dan transplantasi organ.
Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri memaklumkan, sebuah pusat perkhidmatan autisme khusus akan ditubuhkan bagi menyediakan perkhidmatan menyeluruh termasuk diagnosis awal, intervensi serta sokongan keluarga.
Beliau berkata, hingga Jun lalu terdapat 579 pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) berdaftar di seluruh negara yang memberi manfaat kepada lebih 20,000 orang kurang upaya (OKU).
Bagi aspek pembangunan ekonomi pula, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata sejumlah RM6.32 bilion pembiayaan telah disalurkan kepada 237,581 usahawan dan koperasi di seluruh negara sepanjang Januari hingga Julai lalu.
Pembiayaan itu melibatkan agensi seperti TEKUN Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia, Bank Rakyat, SME Bank, SME Corp, Pernas serta Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
"Prestasi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) kekal positif dengan pertumbuhan 5.8 peratus tahun lalu, menyumbang RM652.4 bilion kepada ekonomi negara. Eksport PMKS turut melonjak 31.3 peratus, mewakili 14.3 peratus daripada jumlah eksport negara," katanya.
Beliau menambah, sektor PMKS turut menyediakan 8.1 juta pekerjaan bergaji, meningkat 3.1 peratus dengan penambahan hampir 250,000 pekerja, sekali gus meningkatkan sumbangan kepada guna tenaga negara kepada 48.7 peratus.
Berita berkaitan
March 21, 2026, 11:58 am
Lelaki maut, lima cedera selepas Myvi terbabas elak anjing di Alor Gajah
March 21, 2026, 10:20 am
Niat beraya di Pulau Tioman tidak kesampaian, tiga beranak maut motosikal terbabas
March 21, 2026, 10:12 am
Wanita ditemui maut dengan kesan tikaman dalam bilik tidur di Butterworth
March 21, 2026, 9:24 am
Agong titah anasir ancam perpaduan dibanteras tegas
March 21, 2026, 7:58 am
Rumah di Seksyen 9, Shah Alam dipecah masuk, tiga suspek diburu
March 21, 2026, 7:39 am
JPJ kesan 2,384 kesalahan guna dron dalam Ops HRA
March 20, 2026, 6:32 pm
Sambut Aidilfitri secara sederhana, elak pembaziran
March 20, 2026, 4:04 pm
Rakyat diingat elak pergaduhan kaum, jaga keharmonian negara
March 20, 2026, 2:51 pm
MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir di empat negeri
March 20, 2026, 2:45 pm
