Berita Berita
Polis siasat kereta peronda langgar lampu merah nyaris kemalangan di Seremban
SEREMBAN 18 Sept – Polis mengesahkan sedang menjalankan siasatan berhubung sebuah rakaman video tular memaparkan sebuah kenderaan agensi keselamatan itu didakwa melanggar lampu isyarat merah di persimpangan NSK, Jalan Haruan 2, di sini, pada 16 September lalu.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, kejadian berlaku sekitar jam 12.20 tengah malam dan pihaknya sudah mengenal pasti anggota terbabit.
“Selepas siasatan selesai, tindakan dalaman akan diambil terhadap mereka yang terlibat. Setiap pegawai dan anggota polis tertakluk kepada undang-undang jalan raya, kecuali dalam keadaan tertentu membabitkan tugasan kecemasan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau menegaskan, sekiranya terbukti berlaku pelanggaran prosedur, tindakan sewajarnya akan diambil mengikut undang-undang.
Mohamad Hatta turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menularkan maklumat tidak sahih sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
“Orang ramai diseru mendapatkan maklumat sahih melalui saluran rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM),” tegasnya.
Terdahulu, rakaman video berdurasi beberapa saat itu menunjukkan sebuah kereta polis dipercayai melanggar lampu merah sebelum hampir dirempuh kenderaan lain.
Namun, pemandu awam sempat membrek sekali gus mengelakkan kemalangan.
Berita berkaitan
October 28, 2025, 8:59 pm
Khairy kritik sambutan keterlaluan ketibaan Trump ke Malaysia
October 28, 2025, 8:49 pm
Warden bekas tentera tingkat disiplin pelajar MRSM – Asyraf Wajdi
October 28, 2025, 8:39 pm
Anwar kongsi pengalaman menaiki limosin rasmi Presiden AS ‘The Beast’ bersama Trump
October 28, 2025, 8:33 pm
Ibu bapa kanak-kanak cedera dikelar ditahan polis
October 28, 2025, 8:27 pm
Trump puji Malaysia sebagai negara hebat dan bertenaga selepas lawatan rasmi dua hari
October 28, 2025, 7:20 pm
'Mahu tolong lebih ramai orang, wujud peluang pekerjaan' - Rafizi buka kedai makan, barangan harian RM5
October 28, 2025, 5:20 pm
Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 ditutup, Malaysia serah kepengerusian kepada Filipina
October 28, 2025, 4:08 pm
Polis tahan tukang masak wanita sebar video kemaluan lelaki OKU ‘Mat Tere’
October 28, 2025, 3:19 pm
Sembilan lelaki termasuk remaja ditahan terbabit pergaduhan di kedai makan Rengit
October 28, 2025, 3:14 pm
