Berita Berita
Lelaki maut, wanita cedera dalam kejadian pokok tumbang di Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 22 Okt - Seorang lelaki maut manakala seorang wanita cedera selepas beberapa pokok tumbang susulan hujan lebat dan ribut kuat yang melanda sekitar Kuala Lumpur petang ini.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, pihaknya menerima beberapa panggilan kecemasan antara pukul 4 hingga 5.30 petang berhubung insiden tersebut di beberapa kawasan berbeza.
“Anggota bomba dikerah ke semua lokasi terjejas bagi melaksanakan kerja-kerja menyelamat, pembersihan dan pemotongan pokok tumbang bagi memastikan keselamatan awam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Antara kawasan terjejas ialah Jalan Metro Prima, Kepong Baru, yang menyaksikan sebuah kereta dihempap pokok menyebabkan seorang wanita berusia 30-an cedera.
Sementara itu, di Persiaran Dutamas, Taman Duta, dua buah kereta turut dihempap pokok, mengakibatkan seorang lelaki berusia 40-an disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Di Jalan Burung Balam, Taman Bukit Maluri, sebuah lagi kereta terlibat dalam kejadian sama, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” menurut kenyataan itu.
Kerja-kerja pembersihan dijalankan segera di semua lokasi bagi memastikan laluan kembali selamat untuk pengguna jalan raya.
“Pasukan bomba Kuala Lumpur kini berada dalam keadaan bersiap siaga sepenuhnya bagi menghadapi sebarang kemungkinan berikutan ramalan cuaca buruk yang dijangka berterusan dalam tempoh terdekat,” jelas kenyataan itu.
Terdahulu, media melaporkan dua laluan utama di ibu negara terpaksa ditutup sepenuhnya susulan kejadian pokok tumbang, termasuk Jalan Sultan Haji Ahmad Shah menghala ke Jalan Dutamas berhampiran Arte Mont Kiara, seperti dimaklumkan Pusat Info Trafik dan Kawalan Lampu Isyarat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui hantaran media sosial.
Berita berkaitan
April 2, 2026, 12:31 pm
Azam Baki enggan ulas isu lanjutan kontrak Ketua Pesuruhjaya SPRM
April 2, 2026, 12:19 pm
Anthony Loke ziarah balu mangsa rempuhan pemandu mabuk, sampaikan sumbangan peribadi
April 2, 2026, 12:03 pm
Hukum rimba ganti kedaulatan undang-undang global, PM bidas sikap hipokrit kuasa besar
April 2, 2026, 11:47 am
Kifarah Langkah Kajang: Faekah Husin persoal kredibiliti Rafizi dan kepimpinan Anwar
April 2, 2026, 11:38 am
Mekanik maut rempuh van polis sedang membelok masuk stesen minyak
April 2, 2026, 11:26 am
Sin Sing Coffee nafi guna berus tidak halal, tegaskan status sijil masih sah
April 2, 2026, 11:26 am
MCMC siasat lima individu sebar maklumat palsu harga minyak di media sosial
April 2, 2026, 11:15 am
