Berita Berita
Bayi 11 bulan maut dalam pangkuan ibu selepas kereta rempuh lembu di Bera
BERA 24 Okt - Hasrat sepasang suami isteri untuk keluar membeli susu anak bertukar tragedi apabila bayi perempuan mereka berusia 11 bulan maut selepas kereta dinaiki sekeluarga terbabas akibat merempuh sekumpulan lembu di Kilometer 49 Jalan Kerayong–Simpang Kepayang, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam itu, mangsa, Nur Adriana Amira Mohamad Norismail, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Bandar 32 akibat kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir, berkata kemalangan berlaku ketika kereta jenis Perodua Bezza dipandu bapa mangsa, Mohamad Norismail Sani, 22, bersama isterinya, Nik Nur Aini Azierah Che Azeman, 21, dalam perjalanan dari arah Kepayang menuju ke Kerayong.
“Siasatan awal mendapati ketika tiba di lokasi kejadian, sekumpulan lembu secara tiba-tiba keluar dari arah kiri ke kanan jalan menyebabkan pemandu hilang kawalan lalu melanggar haiwan berkenaan sebelum terbabas ke bahu jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, bayi berkenaan masih berada dalam pangkuan ibunya ketika insiden berlaku dan tidak tercampak keluar dari kenderaan.
“Dua daripada tiga ekor lembu yang dilanggar dilaporkan mati di tempat kejadian, manakala seekor lagi mengalami kecederaan,” jelasnya.
Menurut Zulkiflee, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu yang gagal mengawal kenderaan ketika melalui kawasan berkenaan.
“Pihak polis bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Bera turut melaksanakan operasi bagi menangani masalah lembu dan kerbau berkeliaran di jalan raya pada malam sama, namun kejadian itu berlaku lebih awal sebelum operasi bermula,” katanya.
Berita berkaitan
April 1, 2026, 3:13 pm
Juruteknik dijel lima tahun tayang 'anu' kepada pelajar sekolah
April 1, 2026, 2:45 pm
Hampir 50,000 pili bomba sebenarnya rosak, JBPM bimbang jejas operasi kecemasan
April 1, 2026, 2:15 pm
Keluarga mangsa pemandu mabuk bakal tuntut pampasan RM1 juta
April 1, 2026, 1:36 pm
Konflik Asia Barat: Malaysia bersedia hadapi kenaikan bahan api - Suruhanjaya Tenaga
April 1, 2026, 11:21 am
Pemandu mabuk berdepan hukuman mati didakwa bunuh penunggang motosikal di Klang
April 1, 2026, 10:48 am
Ibu tunggal, dua anak ditahan subahat 'simpan' kekasih dalam rumah
April 1, 2026, 10:20 am
“Saya nak nyawa dibalas nyawa” – Isteri mangsa maut dirempuh pemandu mabuk tuntut keadilan
April 1, 2026, 10:09 am
MCMC siasat 3 individu sebar berita palsu tarif elektrik
April 1, 2026, 10:01 am
