Berita Berita
“Saya nak nyawa dibalas nyawa” – Isteri mangsa maut dirempuh pemandu mabuk tuntut keadilan
KLANG 1 April – “Saya nak nyawa dibalas nyawa.” Itu luahan hiba Nor Nadia, isteri kepada Allahyarham Amirul Hafiz Omar yang maut dirempuh pemandu mabuk dan positif dadah dalam kejadian tragis di Jalan Raya Barat, Ahad lalu.
Nor Nadia yang masih diselubungi kesedihan mendalam menuntut agar pelaku terbabit dikenakan hukuman paling berat dan setimpal dengan jenayah yang telah meragut nyawa suaminya.
Beliau berkata demikian dengan nada sebak sebaik tiba di Kompleks Mahkamah Klang kira-kira jam 9.20 pagi tadi bagi mengikuti perkembangan kes berkenaan.
Presiden Persatuan Dinamik Sinar Kasih (DSK), Datuk N Sivakumar menyifatkan kejadian tersebut sebagai bukti kegagalan tindakan tegas dan kelemahan penguatkuasaan yang terus mengancam keselamatan rakyat.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu, mangsa maut selepas motosikalnya dirempuh sebuah kereta jenis Honda City yang dipandu secara laju dan berbahaya oleh seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey mengesahkan hasil ujian saringan mendapati pemandu kenderaan tersebut positif alkohol dan dadah ketika kejadian berlaku.
Kes kini sedang dikendalikan pihak berkuasa bagi tindakan lanjut di bawah peruntukan undang-undang sedia ada melibatkan pemanduan di bawah pengaruh bahan terlarang sehingga menyebabkan kematian.
Berita berkaitan
April 1, 2026, 11:21 am
Pemandu mabuk berdepan hukuman mati didakwa bunuh penunggang motosikal di Klang
April 1, 2026, 10:48 am
Ibu tunggal, dua anak ditahan subahat 'simpan' kekasih dalam rumah
April 1, 2026, 10:09 am
MCMC siasat 3 individu sebar berita palsu tarif elektrik
April 1, 2026, 10:01 am
Beri alasan hantar 'check-in' inap desa, lelaki berstatus suami orang ditahan berkhalwat
April 1, 2026, 9:47 am
Anne Ngasri dilantik Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur
April 1, 2026, 9:38 am
Kerajaan nafi dakwaan Bloomberg PM arah tangguh dedah hasil siasatan Azam Baki
March 31, 2026, 10:41 pm
Yayasan Kubra menang di mahkamah, perintah siasatan kuil di Rawang dibatalkan
March 31, 2026, 8:49 pm
Isu pemandu mabuk perlu pencegahan berkesan, bukan hukuman mati – Kasthuri
March 31, 2026, 8:33 pm
