Berita Berita
Ibu tunggal, dua anak ditahan subahat 'simpan' kekasih dalam rumah
MELAKA 1 April – Tindakan seorang ibu tunggal membenarkan anak lelakinya membawa pulang kekasih untuk tinggal bersama di sebuah rumah flat di Peringgit membawa padah apabila mereka sekeluarga dicekup pihak berkuasa agama.
Dalam serbuan kira-kira jam 2.05 pagi Khamis lalu, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menahan ibu tunggal berusia 45 tahun itu bersama anak lelaki (22 tahun), anak perempuan (24 tahun) serta seorang wanita bukan mahram berusia 20 tahun.
Wanita muda yang ditahan itu dipercayai merupakan kekasih kepada anak lelaki pemilik rumah berkenaan dan masih bergelar pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT).
Menurut sumber, ketika pemeriksaan dilakukan hasil maklumat awam, pelajar terbabit memberikan alasan hanya menumpang sementara sepanjang cuti semester kerana mendakwa mempunyai masalah keluarga di Alor Gajah.
"Ibu dan kakak kepada lelaki terbabit turut ditahan kerana dipercayai bersubahat dan membenarkan keadaan itu berlaku sehingga membuka ruang kepada perbuatan maksiat," katanya di sini hari ini.
Keempat-empat individu terbabit dibawa ke pejabat JAIM untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang syariah negeri.
Kes disiasat di bawah Seksyen 53 Enakmen Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman atau berkhalwat yang menimbulkan syak, manakala ahli keluarga lain disiasat di bawah Seksyen 34 enakmen sama kerana bersubahat.
Tangkapan tersebut turut dikongsikan melalui akaun TikTok rasmi JAIM sebagai pengajaran kepada masyarakat agar tidak memandang remeh batas pergaulan dan hukum syarak dalam institusi kekeluargaan.
Berita berkaitan
April 1, 2026, 11:21 am
Pemandu mabuk berdepan hukuman mati didakwa bunuh penunggang motosikal di Klang
April 1, 2026, 10:20 am
“Saya nak nyawa dibalas nyawa” – Isteri mangsa maut dirempuh pemandu mabuk tuntut keadilan
April 1, 2026, 10:09 am
MCMC siasat 3 individu sebar berita palsu tarif elektrik
April 1, 2026, 10:01 am
Beri alasan hantar 'check-in' inap desa, lelaki berstatus suami orang ditahan berkhalwat
April 1, 2026, 9:47 am
Anne Ngasri dilantik Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur
April 1, 2026, 9:38 am
Kerajaan nafi dakwaan Bloomberg PM arah tangguh dedah hasil siasatan Azam Baki
March 31, 2026, 10:41 pm
Yayasan Kubra menang di mahkamah, perintah siasatan kuil di Rawang dibatalkan
March 31, 2026, 8:49 pm
Isu pemandu mabuk perlu pencegahan berkesan, bukan hukuman mati – Kasthuri
March 31, 2026, 8:33 pm
