Berita Berita
Budak 4 tahun maut dilanggar MPV ketika main basikal di Kuantan
KUANTAN 28 Okt - Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) ketika bermain basikal berhampiran Surau Pak Mahat, Perumahan Rakyat Pak Mahat, Jalan Tanjung Lumpur, di sini, pada petang Isnin.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang, mangsa, Muhammad Zulfan Adwa Mohd Zulkifli, dilaporkan mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Wad Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 7.22 malam daripada seorang lelaki berusia 32 tahun, pemandu MPV jenis Perodua Alza yang terlibat dalam insiden tersebut.
Menurut beliau, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika pemandu, yang bekerja sebagai pekebun, sedang memandu dari arah Perumahan Rakyat Pak Mahat menuju ke Jalan Tanjung Lumpur.
“Ketika tiba di lokasi kejadian, semasa membelok ke kiri tanpa disedari pemandu, MPV tersebut telah melanggar mangsa yang sedang menunggang basikal di tengah jalan.
“Mangsa yang cedera dibawa ke HTAA untuk menerima rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ashari berkata, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2.24 pagi Selasa ketika dirawat di Wad PICU hospital berkenaan.
Beliau berkata, kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang memperuntukkan hukuman penjara dan denda jika sabit kesalahan.
Berita berkaitan
April 1, 2026, 3:13 pm
Juruteknik dijel lima tahun tayang 'anu' kepada pelajar sekolah
April 1, 2026, 2:45 pm
Hampir 50,000 pili bomba sebenarnya rosak, JBPM bimbang jejas operasi kecemasan
April 1, 2026, 2:15 pm
Keluarga mangsa pemandu mabuk bakal tuntut pampasan RM1 juta
April 1, 2026, 1:36 pm
Konflik Asia Barat: Malaysia bersedia hadapi kenaikan bahan api - Suruhanjaya Tenaga
April 1, 2026, 11:21 am
Pemandu mabuk berdepan hukuman mati didakwa bunuh penunggang motosikal di Klang
April 1, 2026, 10:48 am
Ibu tunggal, dua anak ditahan subahat 'simpan' kekasih dalam rumah
April 1, 2026, 10:20 am
“Saya nak nyawa dibalas nyawa” – Isteri mangsa maut dirempuh pemandu mabuk tuntut keadilan
April 1, 2026, 10:09 am
MCMC siasat 3 individu sebar berita palsu tarif elektrik
April 1, 2026, 10:01 am
