Berita Berita
Kanak-kanak warga Rusia maut disengat obor-obor di Pantai Cenang
ALOR SETAR 19 Nov - Seorang kanak-kanak lelaki warga Rusia berusia dua tahun meninggal dunia pagi ini setelah mengalami komplikasi serius dipercayai akibat sengatan obor-obor ketika mandi di kawasan Pantai Cenang, Langkawi pada Sabtu lalu.
Mangsa, Vladimir Iakubanets, yang menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), disahkan meninggal dunia pada pukul 9.46 pagi selepas beberapa hari bertarung akibat kesan sengatan haiwan beracun itu.
Bapanya, Nikita, 32, berkata kejadian berlaku sangat pantas ketika anak mereka bermain di kawasan air cetek.
"Dalam kejadian Sabtu lalu, ketika mandi di kawasan air cetek, tiba-tiba dia menjerit kesakitan. Isteri saya terus mengangkatnya, serahkan kepada saya dan kami bawa dia naik ke pantai.
"Dalam beberapa saat saja, dia berhenti bernafas. Saya cuba buat CPR secepat mungkin. Ada pelancong lain datang membantu dan bawa kami kepada penyelamat pantai.
"Mereka hanya cuci luka dengan cuka sebelum hantar ke klinik dan kemudian ke hospital," katanya ketika ditemui di HSB hari ini.
Menurut Nikita, pasukan perubatan di Langkawi dan di Alor Setar telah melakukan sedaya upaya untuk menyelamatkan Vladimir.
Mereka tidak bercadang mengambil sebarang tindakan undang-undang, sebaliknya berharap tragedi itu menjadi peringatan kepada orang ramai mengenai risiko sengatan obor-obor di kawasan pantai.
"Kami percaya kejadian menimpa Vladimir adalah untuk selamatkan orang lain, untuk elakkan tragedi sama berulang.
"Vladimir sangat baik dan bijak, kami keluarga yang bahagia," katanya dalam nada sebak.
Ibu mangsa, Olga, 32, berkongsi bahawa anak kecil itu sentiasa menunjukkan keperibadian lembut dan suka membantu sejak kecil.
"Dia wira kami… malaikat kecil kami. Setiap hari kami beritahu kami sayang dia dan dia selalu balas dia sayang kami," katanya.
Pasangan itu merancang membawa abu Vladimir pulang ke Rusia sebaik proses pembakaran mayat diselesaikan.
Berita berkaitan
January 12, 2026, 6:09 pm
'Tak perlu tikam lagi' - Anthony Loke ingatkan ahli DAP jaga hubungan dengan Umno
January 12, 2026, 5:09 pm
Polis siasat anggotanya tiba-tiba tampar penunggang motosikal di stesen minyak di JB
January 12, 2026, 4:44 pm
Letupan penghawa dingin di universiti: Seorang maut, sembilan cedera
January 12, 2026, 2:28 pm
Muhammad Hafizuddeain mohon bersara awal, proses cari Panglima Angkatan Tentera baharu dimulakan
January 12, 2026, 1:21 pm
KPM perkenal Polisi Perlindungan Kanak-Kanak tangani isu buli di sekolah - Fadhlina
January 12, 2026, 12:20 pm
Agihan BAP RM150 bernula hari ini, ikut kesiapsiagaan sekolah
January 12, 2026, 11:32 am
KPM minta sedikit masa jalankan kajian menyeluruh kembalikan UPSR, PT3 - Fadhlina
January 12, 2026, 11:02 am
Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim didakwa salah guna dana derma RM207,000 untuk Palestin
January 12, 2026, 10:49 am
