Berita Berita
Lelaki maut ditembak ketika makan di restoran di Seremban
SEREMBAN 20 Nov – Seorang lelaki maut selepas dipercayai ditembak di sebuah restoran di Nusari Biz Sendayan, di sini, lewat malam Rabu.
Menurut saksi yang ditemui kira-kira jam 1 pagi, mangsa dikatakan sedang makan sebelum dua kenderaan tiba di lokasi.
Mangsa kemudian dilihat berlari menyeberangi jalan, sebelum beberapa das tembakan kedengaran dan dia rebah sejurus selepas itu.
Anggota polis dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan siasatan awal berhubung kejadian tragis tersebut.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahman, berkata pihaknya menerima maklumat kejadian pada jam 11.23 malam.
"Semasa anggota bertugas di bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban telah terima penggilan MERS 999 daripada sorang lelaki memaklumkan satu kes bunuh telah berlaku di sebuah restoran di lokasi.
"Kes masih dalam siasatan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan," katanya.
Berita berkaitan
April 7, 2026, 4:24 pm
Ibu tunggal didakwa hantar komunikasi jelik hina Sultan dan dakwa jadi guru Agong
April 7, 2026, 4:20 pm
FAS cadang muka baharu terajui FAM, Shahril Mokhtar sifatkan masa terbaik pulihkan imej
April 7, 2026, 4:14 pm
Lelaki maut ditetak kumpulan bersenjata parang di Buntong
April 7, 2026, 4:10 pm
Dera anak kucing di dobi, penganggur menangis kena penjara 6 bulan
April 7, 2026, 3:29 pm
Tak dapat peminjam, jiran pula jadi mangsa Ahlong kutip hutang
April 7, 2026, 2:11 pm
Tun Mahathir nafi jadi punca perpecahan, dakwa ahli UMNO enggan beralih arah ke Bersatu
April 7, 2026, 1:54 pm
