Berita Berita
PDRM jamin proses lantikan dan kenaikan pangkat bebas diskriminasi kaum
KUALA LUMPUR 20 Nov - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan bahawa proses lantikan dan kenaikan pangkat dalam pasukan keselamatan itu bebas daripada sebarang unsur diskriminasi terhadap kaum bumiputera, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Shamsul menjelaskan bahawa PDRM tidak menetapkan sebarang kuota khusus bagi bumiputera atau bukan bumiputera. Sebaliknya, pengambilan dibuat berdasarkan merit, kelayakan akademik, kecergasan fizikal serta kelulusan proses tapisan keselamatan.
Beliau turut memaklumkan bahawa PDRM melaksanakan beberapa inisiatif untuk meningkatkan penyertaan bukan bumiputera, termasuk memberi kelonggaran terhadap syarat lantikan fizikal dan akademik serta mempergiatkan promosi dan libat urus di institusi pengajian tinggi (IPT) dan komuniti setempat.
“Langkah ini bertujuan memberi maklumat dan membuka lebih banyak ruang penyertaan tanpa menjejaskan tahap profesionalisme serta integriti pasukan. PDRM sentiasa menggalakkan lebih ramai bukan bumiputera menyertai pasukan supaya komposisinya mencerminkan kepelbagaian rakyat Malaysia,” katanya.
Beliau menjawab soalan V Ganabatirau (PH-Klang) mengenai jumlah individu baharu yang diserap sejak 2022, peratusan bukan bumiputera dalam pasukan PDRM, serta ketetapan kuota bagi individu bumiputera dan bukan bumiputera pada masa kini.
Berita berkaitan
April 7, 2026, 4:24 pm
Ibu tunggal didakwa hantar komunikasi jelik hina Sultan dan dakwa jadi guru Agong
April 7, 2026, 4:20 pm
FAS cadang muka baharu terajui FAM, Shahril Mokhtar sifatkan masa terbaik pulihkan imej
April 7, 2026, 4:14 pm
Lelaki maut ditetak kumpulan bersenjata parang di Buntong
April 7, 2026, 4:10 pm
Dera anak kucing di dobi, penganggur menangis kena penjara 6 bulan
April 7, 2026, 3:29 pm
Tak dapat peminjam, jiran pula jadi mangsa Ahlong kutip hutang
April 7, 2026, 2:11 pm
Tun Mahathir nafi jadi punca perpecahan, dakwa ahli UMNO enggan beralih arah ke Bersatu
April 7, 2026, 1:54 pm
