Berita Berita
Agong bersuara isu pendidikan negara, perlu reformasi, tekankan kemanusiaan dan kawalan emosi pelajar
SHAH ALAM 20 Nov – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan keprihatinan Baginda terhadap peningkatan insiden jenayah melibatkan pelajar dan graduan, sambil menegaskan keperluan mendesak untuk melakukan pembaharuan menyeluruh dalam sistem pendidikan negara.
Baginda bertitah bahawa perkembangan mutakhir ini menimbulkan persoalan mengenai tahap sahsiah, disiplin serta nilai agama dalam kalangan generasi muda, sekali gus menjejaskan imej institusi pendidikan.
“Saya berpandangan, sekolah dan institusi pelajaran perlu melalui revolusi pendidikan dengan menitikberatkan elemen kemanusiaan, moral dan kawalan emosi serta kesedaran undang-undang.
“Pendidikan dan pembentukan moral tidak hanya berlaku di bilik darjah atau kampus, sebaliknya ia bermula dari rumah.
"Rumah adalah madrasah pertama bagi setiap insan, tempat anak-anak dididik dengan nilai mulia, disiplin dan tanggungjawab kepada masyarakat,” titah baginda.
Sultan Ibrahim bertitah demikian ketika menyempurnakan Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-103 di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam, pada Rabu.
Baginda turut menegaskan bahawa generasi muda perlu berhati-hati dalam mengendalikan dunia siber kerana pendedahan kepada kandungan ganas boleh meningkatkan kecenderungan agresif.
Namun, menurut Baginda, sekatan terhadap teknologi digital bukanlah penyelesaian optimum dan boleh mengganggu proses pembelajaran.
“Hakikatnya, tiada jalan singkat bagi menangani masalah sosial. Ia memerlukan usaha padu semua pihak bermula dari rumah, sekolah, masyarakat, ahli politik dan kerajaan,” titah baginda.
Berita berkaitan
January 13, 2026, 9:38 am
Dakwaan hotel ‘gay friendly’ di Melaka cetus perdebatan warganet
January 13, 2026, 9:31 am
Pemantauan kumpulan ekstremis perlu demi keselamatan negara – Ayob Khan
January 12, 2026, 6:09 pm
'Tak perlu tikam lagi' - Anthony Loke ingatkan ahli DAP jaga hubungan dengan Umno
January 12, 2026, 5:09 pm
Polis siasat anggotanya tiba-tiba tampar penunggang motosikal di stesen minyak di JB
January 12, 2026, 4:44 pm
Letupan penghawa dingin di universiti: Seorang maut, sembilan cedera
January 12, 2026, 2:28 pm
Muhammad Hafizuddeain mohon bersara awal, proses cari Panglima Angkatan Tentera baharu dimulakan
January 12, 2026, 1:21 pm
KPM perkenal Polisi Perlindungan Kanak-Kanak tangani isu buli di sekolah - Fadhlina
January 12, 2026, 12:20 pm
Agihan BAP RM150 bernula hari ini, ikut kesiapsiagaan sekolah
January 12, 2026, 11:32 am
