Berita Berita
Malaysia kekal anggota Majlis IMO 2026–2027, catat kemenangan ke-11 berturut-turut
KUALA LUMPUR 29 Nov - Malaysia sekali lagi dipilih sebagai Ahli Majlis Kategori C International Maritime Organization (IMO) bagi penggal 2026–2027, sekali gus mencatat kejayaan pemilihan kali ke-11 berturut-turut dalam pemilihan yang berlangsung sempena Perhimpunan Agung IMO ke-34 di London, pada 28 November lalu.
Delegasi negara ke sesi pemilihan tersebut diketuai Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Haji Hasbi Habibollah, yang mewakili Malaysia dalam proses pengundian bersama negara-negara anggota lain.
Kejayaan pemilihan semula itu disifatkan sebagai manifestasi keyakinan berterusan komuniti maritim antarabangsa terhadap peranan konstruktif Malaysia sebagai rakan strategik yang dipercayai, khususnya dalam aspek keselamatan maritim, perlindungan alam sekitar serta usaha pembangunan kapasiti di peringkat global.
Status sebagai Ahli Majlis Kategori C membolehkan Malaysia terus menyumbang secara aktif terhadap penggubalan dasar serta keputusan penting badan itu, termasuk dalam memperkukuh standard keselamatan perkapalan dan kelestarian alam sekitar marin di peringkat antarabangsa.
Pemilihan berterusan ini turut mencerminkan komitmen negara dalam memacu agenda maritim global yang selamat, mampan dan berdaya saing, sejajar dengan kedudukan strategik Malaysia sebagai hab perkapalan serantau.
Berita berkaitan
January 27, 2026, 9:35 pm
Hasutan boikot bayaran zakat jejaskan kebajikan asnaf – MAIS
January 27, 2026, 9:21 pm
Syarikat pendidikan Islam fail saman fitnah libatkan isu buli
January 27, 2026, 9:06 pm
Kes kebakaran terbuka meningkat hampir 300 peratus hingga akhir Januari
January 27, 2026, 9:00 pm
Polis minta waris bantu kenal pasti mayat lelaki tanpa identiti di Sungai Petani
January 27, 2026, 8:55 pm
Abdul Hadi dakwa tindakan undang-undang rasuah masih lemah
January 27, 2026, 7:27 pm
PDRM sedia kawalan keselamatan tahap tertinggi sebaik geng 'Kapten Praba' tiba dari Mumbai
January 27, 2026, 5:47 pm
'Tak semua kuil dibina secara tidak sah, majoriti ada sejarah sejak zaman British' - Thiban
January 27, 2026, 5:18 pm
RM10 juta geran bantu 5,000 pemilik tukar kenderaan lama, fokus jenama nasional - Anthony
January 27, 2026, 3:44 pm
