Berita Berita
Tengku Zafrul terima jawatan baharu selepas tamat tugas di MITI
KUALA LUMPUR 1 Dis – Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang bakal menamatkan tugasnya sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) esok, akan diberikan jawatan baharu yang akan diumumkan pada Rabu ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kepakaran dan pengalaman Tengku Zafrul amat diperlukan kerajaan dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.
Menurut beliau, kepimpinan Tengku Zafrul menerajui MITI serta agensi-agensinya sejak dua tahun lalu telah menunjukkan pencapaian yang membanggakan.
“Beliau masih ada tanggungjawab dan tidak boleh dilepaskan. Beliau akan berakhir sebagai Menteri MITI pada 2 Disember ini.
“Beliau akan terus bekerja dalam peranan baharu yang akan saya umumkan pada 3 Disember ini.
“Ini juga sebagai penghargaan terhadap apa yang beliau lakukan serta jaringan dagangan antarabangsa yang dibina sepanjang dua tahun ini,” katanya pada Majlis Perasmian Kenderaan Elektrik (EV) pertama Perodua di Menara MITI hari ini.
Sebelum menyertai Kabinet, Tengku Zafrul berkhidmat lebih 22 tahun dalam industri perbankan dan kewangan, termasuk sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Eksekutif CIMB Group Holdings Bhd, serta Presiden Pesuruhjaya PT Bank CIMB Niaga di Indonesia.
Beliau dilantik ke Kabinet sebagai senator, bermula sebagai Menteri Kewangan pada 9 Mac 2020 di bawah pentadbiran Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yasin.
Tengku Zafrul kini memasuki penggal kedua sebagai Senator sejak Disember 2022, iaitu penggal maksimum, dan perlu melepaskan jawatannya di MITI.
Selain beliau, tiga lagi menteri dijangka menamatkan penggal pertama sebagai senator esok, iaitu Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar; dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Berita berkaitan
January 21, 2026, 2:06 pm
Murid 6 tahun perlu lulus ujian khas untuk layak masuk Tahun 1 - Fadhlina
January 21, 2026, 1:18 pm
DIPN perlu telus, bebas rasuah untuk jamin keberkesanan pertahanan negara – PM
January 21, 2026, 12:49 pm
JAIS siasat Facebook Masjid Bandar Tasik Puteri muat naik hantaran berunsur politik kepartian
January 21, 2026, 12:30 pm
Wee Ka Siong dirawat akibat jangkitan paru-paru
January 21, 2026, 12:18 pm
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat tegur dua timbalan menteri berbual ketika sidang
January 21, 2026, 12:15 pm
'Saya anak Kampung Baru Cina, saya dapat A+ Bahasa Melayu, Kesusasteraan Melayu dalam STPM' - Kor Ming
January 21, 2026, 12:12 pm
Pendaftaran murid enam tahun ke Tahun 1 secara sukarela bermula 2027
January 21, 2026, 12:01 pm
Penunggang motosikal ditahan polis lepas aksi 'superman' tular
January 21, 2026, 11:55 am
Kecuaian pemandu punca utama kemalangan, bukan reka bentuk jalan – Nanta
January 21, 2026, 11:40 am
