Berita Berita
Bantuan kerajaan untuk individu 30 tahun ke atas diteruskan – Hannah Yeoh
KUALA LUMPUR 1 Dis - Pemberian bantuan kerajaan kepada individu berusia 30 tahun dan ke atas akan terus diteruskan meskipun had umur baharu keahlian pertubuhan belia ditetapkan antara 15 tahun hingga sebelum 30 tahun bermula 1 Januari tahun depan, kata Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Hannah berkata, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri pada 28 November lalu bagi penyelarasan sokongan dan bantuan kerajaan kepada golongan belia selepas penguatkuasaan penurunan had umur tersebut.
Langkah itu dibuat selepas Majlis Belia Malaysia memaklumkan bahawa masih terdapat individu berusia 30 tahun dan ke atas yang memerlukan intervensi dan sokongan kerajaan.
"Kabinet baru membincangkan dan meluluskan kertas ini. Antara langkah yang akan diambil adalah memastikan semua bantuan kerajaan kepada golongan berumur 30 tahun dan ke atas diteruskan, walaupun mereka tidak lagi dipanggil belia, sebaliknya anak muda.
"Sebagai contoh, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) mempunyai pelbagai geran yang dibuka kepada golongan muda 30 tahun dan ke atas. Mereka masih boleh memohon dana kerajaan untuk membantu perniagaan mereka.
"Dalam sektor pertanian pula, geran khas petani akan dikekalkan kerana kita tahu ramai anak muda kurang berminat bekerja di luar. Maka sokongan kepada petani muda akan diteruskan," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Hannah berkata, pelbagai program lain melibatkan kementerian berbeza turut dikekalkan bagi memastikan golongan muda berusia 30 tahun dan ke atas terus menerima bantuan kerajaan.
Beliau menjawab soalan tambahan Syahredzan Johan (PH-Bangi) mengenai langkah peralihan bagi memastikan golongan berisiko dan rentan berumur 31 hingga 40 tahun tidak terlepas daripada sokongan kerajaan.
Pada November 2023, Hannah memaklumkan bahawa penguatkuasaan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 akan bermula 2026, melibatkan penetapan had umur ahli pertubuhan belia antara 15 hingga sebelum 30 tahun, had umur ketua atau pemegang jawatan antara 18 hingga sebelum 30 tahun serta mengehadkan tempoh jawatan ketua pertubuhan belia kepada empat tahun.
Berita berkaitan
January 20, 2026, 9:07 pm
Dakwaan Hamzah letak jawatan Ketua Pembangkang disahkan palsu
January 20, 2026, 8:56 pm
Mayat lelaki separa reput ditemukan di ladang di Mengkarak
January 20, 2026, 8:37 pm
IJM nafi dakwaan pengubahan wang haram, tegaskan komitmen tadbir urus dan ketelusan
January 20, 2026, 8:31 pm
Budak lima tahun maut tercekik biji rambutan di Felda Neram
January 20, 2026, 5:31 pm
‘UPSR, PT3 tidak kembali, fokus Matriks Pembelajaran Malaysia’ – Fadhlina
January 20, 2026, 4:41 pm
‘Kami lindungi guru, anak-anak jadi keutamaan’ – Fadhlina
January 20, 2026, 3:44 pm
Tun M alami patah pinggul, pemulihan fisioterapi dijangka ambil masa panjang
January 20, 2026, 3:32 pm
Polis kesan remaja perempuan 15 tahun dilaporkan hilang di Serendah
January 20, 2026, 3:27 pm
Semua aliran sekolah wajib ambil ujian Bahasa Melayu dan Sejarah mulai tahun ini – Anwar
January 20, 2026, 3:19 pm
