TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Wanita maut ditikam suami di Tanah Merah

By
|
Kongsi
image

 

TANAH MERAH 1 Dis - Seorang wanita ditemukan maut selepas dipercayai ditikam oleh suaminya sendiri dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Gual Ipoh, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa berusia 40 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada beberapa bahagian badan.

Menurut sumber, suspek yang juga suami mangsa berusia 63 tahun ditahan polis sejurus kejadian dan senjata disyaki digunakan dalam serangan itu turut dirampas bagi membantu siasatan.

“Mayat mangsa akan dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk proses bedah siasat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Mohd. Haki Hasbullah, mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan bahawa jenazah mangsa baru sahaja dihantar ke Hospital Tanah Merah bagi tujuan siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut peruntukan undang-undang berkaitan dan polis akan mengemas kini maklumat dari semasa ke semasa.

 

+ - reset