Berita Berita
'Wujud krisis keyakinan yang serius daripada rakyat' - DAP Sabah tolak semua jawatan dalam Kerajaan Perpaduan
KOTA KINABALU 2 Dis - Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sabah memutuskan tidak akan menerima sebarang jawatan dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan Sabah susulan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata keputusan itu dibuat selepas mesyuarat tergempar Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) yang diadakan pada malam Isnin bagi menilai prestasi parti dalam pilihan raya negeri berkenaan.
Menurutnya, DAP menerima mesej jelas daripada pengundi bahawa wujud krisis keyakinan yang serius terhadap parti itu dan Pakatan Harapan (PH).
“Tidak dapat dinafikan bahawa pilihan raya kali ini mencerminkan krisis keyakinan yang serius terhadap DAP dan Pakatan Harapan.
“Para pemimpin dan anggota yang terlibat dalam kempen amat peka bahawa terdapat ketidakpuasan yang meluas dalam kalangan rakyat sepanjang tempoh berkempen.
“Berikutan perbincangan dan penilaian dalaman, kami akan mengumpulkan semua maklum balas yang diterima dan berusaha bersama dengan Perdana Menteri untuk mempercepat agenda reformasi dalam tempoh enam bulan akan datang,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Anthony Loke berkata, keputusan DAP Sabah untuk menolak semua jawatan dalam kerajaan negeri, termasuk jawatan lantikan ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), turut dibentangkan dan dimaklumkan kepada CEC.
“Termasuk jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah lantikan.
“Para pemimpin DAP Sabah akan terus berkhidmat secara aktif kepada rakyat Sabah dan berusaha mengembalikan keyakinan rakyat,” katanya.
Beliau menegaskan, pendirian itu diambil sebagai langkah bertanggungjawab terhadap mandat pengundi serta usaha membina semula kepercayaan rakyat Sabah terhadap parti.
Berita berkaitan
January 14, 2026, 8:46 pm
Hari Ponggal lambang perpaduan, rakyat diingatkan tolak politik pecah belah – Yuneswaran
January 14, 2026, 6:46 pm
Kabinet beri 'lampu hijau' KDN laksana operasi pekerja asing salah guna visa
January 14, 2026, 5:13 pm
Wanita dakwa dicabul, dipukul 'pegawai polis' ketika tunggu suami dalam kereta di Gombak
January 14, 2026, 4:28 pm
Bayi tiga bulan patah tulang paha disyaki jadi mangsa dera pengasuh di Taman Koperasi Polis
January 14, 2026, 2:37 pm
Samenta kecam penutupan hotel ‘mesra gay’ di Melaka
January 14, 2026, 2:25 pm
Pas cabar Ahmad Zahid berlawan hujah dan idea di pentas demokrasi
January 14, 2026, 2:23 pm
HRD Corp lulus dana latihan RM2.62 bilion pada 2025, perkasa kemahiran tenaga kerja negara
January 14, 2026, 2:18 pm
Wanita warga emas maut dilanggar MPV ketika melintas jalan di Bandar Baru Sentul
January 14, 2026, 2:11 pm
