Berita Berita
Kabinet beri 'lampu hijau' KDN laksana operasi pekerja asing salah guna visa
PUTRAJAYA 14 Jan – Kabinet hari ini memberi kebenaran kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk melaksanakan operasi penguatkuasaan terhadap warga asing yang menyalahgunakan visa pelawat untuk bekerja secara tidak sah di negara ini.
Perkara itu diputuskan selepas isu berkenaan dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri, susulan aduan diterima daripada komuniti perniagaan dan beberapa pihak lain mengenai kebanjiran pekerja asing tanpa kebenaran sah, khususnya dalam sektor tertentu.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap individu yang menyalahgunakan visa pelawat bagi tujuan pekerjaan.
“Kita telah membincangkan masalah yang dibangkitkan oleh komuniti perniagaan dan pihak lain berkaitan keberadaan warga asing yang menyalahgunakan visa pelawat untuk bekerja di Malaysia.
“Berhubung perkara ini, tindakan penguatkuasaan akan diambil dan langkah susulan akan dilaksanakan oleh badan-badan penguat kuasa, dengan pemantauan oleh Kementerian Dalam Negeri,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media mingguan Pasca Mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.
Dalam perkembangan lain, Fahmi turut memaklumkan Jemaah Menteri minggu lalu membuat keputusan dasar untuk meminda Akta Perhimpunan Aman susulan kes melibatkan bekas Setiausaha Agung Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Amir Hariri Abd Hadi.
Menurutnya, Kabinet hari ini memutuskan agar perkara itu dimaklumkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk perbincangan lanjut.
“Ini kerana Jemaah Menteri telah bersetuju untuk meminda Akta Perhimpunan Aman, maka perlu diteliti sama ada wajar diteruskan semakan kehakiman terhadap keputusan dalam kes Amir Hariri Abd Hadi,” katanya.
Untuk rekod, Amir Hariri dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan gagal memaklumkan kepada polis lima hari sebelum menganjurkan perhimpunan ‘Mana Kapal Tempur Pesisir (LCS)’ pada Ogos 2022.
Berita berkaitan
January 14, 2026, 5:13 pm
Wanita dakwa dicabul, dipukul 'pegawai polis' ketika tunggu suami dalam kereta di Gombak
January 14, 2026, 4:28 pm
Bayi tiga bulan patah tulang paha disyaki jadi mangsa dera pengasuh di Taman Koperasi Polis
January 14, 2026, 2:37 pm
Samenta kecam penutupan hotel ‘mesra gay’ di Melaka
January 14, 2026, 2:25 pm
Pas cabar Ahmad Zahid berlawan hujah dan idea di pentas demokrasi
January 14, 2026, 2:23 pm
HRD Corp lulus dana latihan RM2.62 bilion pada 2025, perkasa kemahiran tenaga kerja negara
January 14, 2026, 2:18 pm
Wanita warga emas maut dilanggar MPV ketika melintas jalan di Bandar Baru Sentul
January 14, 2026, 2:11 pm
