Berita Berita
Lelaki terselamat kereta dipandu jatuh gaung akibat tanah runtuh di Gua Musang – Lojing
GUA MUSANG 3 Dis - Seorang lelaki nyaris maut selepas kenderaan yang dipandunya terjunam ke dalam sebuah gaung akibat kejadian tanah runtuh di Kilometer 45, Jalan Gua Musang–Lojing berhampiran Pos Blau di sini, awal pagi tadi, namun mangsa bernasib baik apabila berjaya diselamatkan.
Dalam kejadian sekitar jam 5 pagi itu, mangsa dipercayai melalui laluan yang sudah ditutup sejak jam 12 tengah malam sebelum kenderaannya terjatuh ke dalam gaung di kawasan tanah runtuh terbabit.
Insiden itu hanya disedari apabila seorang pekerja Roadcare (M) Sdn Bhd yang sedang menjalankan pemantauan terdengar jeritan meminta tolong daripada mangsa dari dalam gaung.
Difahamkan, mangsa dalam perjalanan dari Cameron Highlands, Pahang menuju ke Pasir Putih, Gua Musang ketika kemalangan itu berlaku.
Mangsa yang berjaya diselamatkan anggota bomba kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Pos Brooke untuk mendapatkan rawatan awal.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo mengesahkan kejadian tersebut ketika dihubungi.
Berita berkaitan
April 2, 2026, 12:31 pm
Azam Baki enggan ulas isu lanjutan kontrak Ketua Pesuruhjaya SPRM
April 2, 2026, 12:19 pm
Anthony Loke ziarah balu mangsa rempuhan pemandu mabuk, sampaikan sumbangan peribadi
April 2, 2026, 12:03 pm
Hukum rimba ganti kedaulatan undang-undang global, PM bidas sikap hipokrit kuasa besar
April 2, 2026, 11:47 am
Kifarah Langkah Kajang: Faekah Husin persoal kredibiliti Rafizi dan kepimpinan Anwar
April 2, 2026, 11:38 am
Mekanik maut rempuh van polis sedang membelok masuk stesen minyak
April 2, 2026, 11:26 am
