Berita Berita
'Ada bukti CCTV, kamera badan' - SPRM nafi berlaku salah laku ketika tahan Albert Tei
PUTRAJAYA 3 Dis - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tampil menafikan sebarang dakwaan berlaku salah laku melibatkan pegawainya semasa operasi serbuan dan penahanan terhadap ahli perniagaan, Albert Tei, baru-baru ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya memiliki pelbagai rakaman visual termasuk video yang dirakam oleh anggota yang bertugas serta rakaman kamera badan sebagai bukti bagi menafikan tuduhan tersebut.
Beliau berkata, semua bukti diperoleh secara sah mengikut undang-undang dan akan dikemukakan sekiranya perkara itu dibawa ke mahkamah.
"Pegawai kami dilengkapi pelbagai alat rakaman dan semuanya direkodkan. Kami turut memiliki rakaman litar tertutup (CCTV) dari rumah (Albert Tei) berkenaan dan ia juga sudah diserahkan kepada polis.
"Rakaman ini akan menolak semua dakwaan (tidak berasas) yang dibuat," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Berita berkaitan
April 2, 2026, 12:31 pm
Azam Baki enggan ulas isu lanjutan kontrak Ketua Pesuruhjaya SPRM
April 2, 2026, 12:19 pm
Anthony Loke ziarah balu mangsa rempuhan pemandu mabuk, sampaikan sumbangan peribadi
April 2, 2026, 12:03 pm
Hukum rimba ganti kedaulatan undang-undang global, PM bidas sikap hipokrit kuasa besar
April 2, 2026, 11:47 am
Kifarah Langkah Kajang: Faekah Husin persoal kredibiliti Rafizi dan kepimpinan Anwar
April 2, 2026, 11:38 am
Mekanik maut rempuh van polis sedang membelok masuk stesen minyak
April 2, 2026, 11:26 am
Sin Sing Coffee nafi guna berus tidak halal, tegaskan status sijil masih sah
April 2, 2026, 11:26 am
MCMC siasat lima individu sebar maklumat palsu harga minyak di media sosial
April 2, 2026, 11:15 am
