Berita Berita
Bung Moktar masuk hospital, dinasihatkan rehat sepenuhnya
KOTA KINABALU 4 Dis - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin kini dilaporkan sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di sini susulan nasihat perubatan agar beliau berehat dan mendapatkan rawatan lanjut.
Menurut sumber, Bung Moktar yang juga Ketua UMNO Sabah sebelum ini telah mendapatkan pemeriksaan kesihatan semasa kempen pilihan raya dan kini dimasukkan ke hospital untuk rawatan susulan.
"Beliau sebelum ini, semasa kempen pilihan raya, sudah membuat pemeriksaan di hospital tetapi kini sedang menerima rawatan dan diminta diberi ruang untuk berehat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.
Sebelum itu, akaun Facebook BN Comms Sabah dalam satu hantaran menzahirkan doa agar beliau dikurniakan kesembuhan serta dipermudahkan segala urusan.
Hantaran yang dimuat naik kira-kira tiga jam lalu itu turut menerima pelbagai reaksi daripada warga maya yang sama-sama mendoakan kesihatan beliau.
"Semoga YB Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan. Amin," menurut hantaran tersebut.
Sementara itu, usaha Sinar Harian mendapatkan maklumat lanjut daripada Setiausaha UMNO Sabah, Datuk Jafry Ariffin masih belum berhasil setakat ini.
Berita berkaitan
January 14, 2026, 10:54 pm
Awas, rakyat tipu maklumat STR boleh dikenakan tindakan undang-undang - MoF
January 14, 2026, 10:14 pm
Pegawai syariah, peguam syarie direman terlibat kes kartel hibah bernilai RM91,000
January 14, 2026, 8:46 pm
Hari Ponggal lambang perpaduan, rakyat diingatkan tolak politik pecah belah – Yuneswaran
January 14, 2026, 6:46 pm
Kabinet beri 'lampu hijau' KDN laksana operasi pekerja asing salah guna visa
January 14, 2026, 5:13 pm
Wanita dakwa dicabul, dipukul 'pegawai polis' ketika tunggu suami dalam kereta di Gombak
January 14, 2026, 4:28 pm
Bayi tiga bulan patah tulang paha disyaki jadi mangsa dera pengasuh di Taman Koperasi Polis
January 14, 2026, 2:37 pm
Samenta kecam penutupan hotel ‘mesra gay’ di Melaka
January 14, 2026, 2:25 pm
Pas cabar Ahmad Zahid berlawan hujah dan idea di pentas demokrasi
January 14, 2026, 2:23 pm
