Berita Berita
Pegawai syariah, peguam syarie direman terlibat kes kartel hibah bernilai RM91,000
JOHOR BAHRU 14 Jan – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai syariah dan seorang peguam syarie bagi membantu siasatan kes meminta serta menerima rasuah berjumlah kira-kira RM91,000 berkaitan pengeluaran Perintah Pengesahan Hibah bagi urusan pertukaran hak milik.
Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari sehingga 20 Januari ini selepas Majistret Ahmad Khairuddin Khalid membenarkan permohonan SPRM di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, pada Rabu.
Menurut sumber, kedua-dua lelaki berusia lingkungan 40-an dan 50-an itu ditahan secara berasingan kira-kira jam 8 malam Selasa ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Johor.
“Siasatan awal mendapati mereka dipercayai bersubahat melakukan perbuatan itu antara tahun 2016 hingga 2018.
“Kedua-dua suspek disyaki menerima wang rasuah secara tunai daripada 13 individu penerima hibah dengan anggaran kira-kira RM7,000 bagi setiap orang,” katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Hairuzam Mohmad Amin @ Hamim mengesahkan penahanan berkenaan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.
Berita berkaitan
March 19, 2026, 11:55 pm
Remaja parah gegendang telinga pecah, patah hidung angkara ubah suai mercun bola di Seremban
March 19, 2026, 11:34 pm
Lelaki belasah, lenyek kepala isteri hamil akhirnya ditahan polis
March 19, 2026, 10:18 pm
Polis tumpas sindiket ‘mini kasino’ berselindung di sebalik syarikat sukan di Bukit Damansara
March 19, 2026, 8:15 pm
Malaysia sambut Aidilfitri pada 21 Mac 2026
March 19, 2026, 7:14 pm
Anwar ucap tahniah Anutin jadi Perdana Menteri Thailand
March 19, 2026, 4:23 pm
KJ yakin UMNO masih ada asas kukuh untuk bangkit
March 19, 2026, 4:00 pm
'Tak larat nak hadap jem' - Perantau pilih kereta api pulang beraya
March 19, 2026, 2:17 pm
Krisis minyak global: Konflik AS-Iran cetus risiko defisit 10 juta tong sehari
March 19, 2026, 2:02 pm
