Berita Berita
Lelaki ditahan dalam serbuan spa di Chow Kit trauma, mahu saman kerajaan
KUALA LUMPUR 4 Dis - Sekumpulan lelaki yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat spa di Jalan Raja Laut pada 28 November lalu kini mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap pihak berkuasa, susulan kesan psikologi, sosial dan reputasi yang mereka dakwa berdepan sejak operasi tersebut.
Seorang individu yang enggan dikenali mendakwa penahanan itu telah menyebabkan mereka dihukum awam sebelum sebarang keputusan mahkamah dibuat.
“Ramai orang kata bahawa kerana kami berada di situ, bermakna kami terlibat secara langsung dalam kes ini. Orang ramai sudah menjatuhkan hukuman terhadap kami, walaupun bukti belum mencukupi.
“Muka kami sudah pun didedahkan kepada umum. Bolehkah kami saman pihak berkuasa?” katanya kepada portal berita dalam talian, Malaysiakini.
Individu itu turut mendakwa video tanpa penapisan yang memaparkan mereka semasa serbuan tersebar di media sosial, sekali gus mendedahkan identiti dan mencabuli privasi.
“Kami kini berada dalam trauma. Ramai orang tidak dapat tidur, ada yang kehilangan keluarga atau pekerjaan,” tambahnya.
Menurut laporan media, seramai 201 lelaki berusia antara 19 hingga 60 tahun ditahan dalam serbuan berkenaan selepas pihak berkuasa menerima maklumat awam dan menjalankan risikan sebelum operasi dijalankan.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azani Omar dipetik berkata siasatan risikan mendapati terdapat “aktiviti tidak bermoral” membabitkan lelaki gay di premis itu.
Antara yang ditahan dilaporkan termasuk 80 lelaki beragama Islam serta warga asing dari Korea Selatan, Indonesia, Jerman dan China.
Bagaimanapun, mahkamah menolak permohonan reman terhadap semua individu terbabit.
Dalam pada itu, pertubuhan hak asasi Justice for Sisters (JFS) mengecam operasi tersebut dan menyifatkannya sebagai satu bentuk diskriminasi, selain mendakwa serbuan itu dibuat berdasar persepsi terhadap pelanggan premis berkenaan.
Pertubuhan itu turut mengecam kehadiran media semasa serbuan kerana didakwa menyebabkan pencabulan privasi individu yang ditahan.
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mempertahankan tindakan polis dengan menegaskan operasi tersebut dijalankan secara sah dan tidak melanggar privasi.
"Privasi kalau seorang diri di rumah, ini premis awam dengan 201 orang, privasi apa lagi...
“Itu perbuatan tak bermoral, tak boleh dipertahankan oleh mana-mana agama," katanya.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen DAP, Ramkarpal Singh menegaskan kenyataan itu tidak wajar kerana siasatan kes masih berjalan dan dakwaan terhadap individu yang ditahan belum dibuktikan di mahkamah.
Berita berkaitan
January 14, 2026, 10:54 pm
Awas, rakyat tipu maklumat STR boleh dikenakan tindakan undang-undang - MoF
January 14, 2026, 10:14 pm
Pegawai syariah, peguam syarie direman terlibat kes kartel hibah bernilai RM91,000
January 14, 2026, 8:46 pm
Hari Ponggal lambang perpaduan, rakyat diingatkan tolak politik pecah belah – Yuneswaran
January 14, 2026, 6:46 pm
Kabinet beri 'lampu hijau' KDN laksana operasi pekerja asing salah guna visa
January 14, 2026, 5:13 pm
Wanita dakwa dicabul, dipukul 'pegawai polis' ketika tunggu suami dalam kereta di Gombak
January 14, 2026, 4:28 pm
Bayi tiga bulan patah tulang paha disyaki jadi mangsa dera pengasuh di Taman Koperasi Polis
January 14, 2026, 2:37 pm
Samenta kecam penutupan hotel ‘mesra gay’ di Melaka
January 14, 2026, 2:25 pm
Pas cabar Ahmad Zahid berlawan hujah dan idea di pentas demokrasi
January 14, 2026, 2:23 pm
