Berita Berita
Dua beradik hilang dikhuatiri hanyut arus deras ketika ambil bola dalam longkang di Kajang
KAJANG 4 Dis - Detik mencemaskan berlaku petang tadi apabila dua beradik lelaki dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam longkang besar dan dihanyutkan arus deras semasa cuba mengambil bola di Lorong 1/3A, Taman Prima Saujana, di sini.
Kejadian dipercayai berlaku ketika hujan lebat menyebabkan aliran air di dalam longkang utama menjadi deras, sekali gus menyukarkan mangsa menyelamatkan diri.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu kira-kira jam 6.32 petang.
"Seramai enam orang anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang bergegas ke lokasi yang jaraknya sejauh lima kilometer," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Menurut beliau, sebaik tiba di lokasi, pasukan penyelamat mendapati dua mangsa lelaki berusia 12 dan 14 tahun sudah dihanyutkan arus deras.
“Ketika ini, kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) sedang dilakukan di kawasan longkang utama,” katanya.
Operasi mencari mangsa masih diteruskan setakat berita ini ditulis dan orang ramai dinasihatkan tidak menghampiri kawasan kejadian bagi membantu kelancaran kerja penyelamatan.
Berita berkaitan
January 14, 2026, 10:54 pm
Awas, rakyat tipu maklumat STR boleh dikenakan tindakan undang-undang - MoF
January 14, 2026, 10:14 pm
Pegawai syariah, peguam syarie direman terlibat kes kartel hibah bernilai RM91,000
January 14, 2026, 8:46 pm
Hari Ponggal lambang perpaduan, rakyat diingatkan tolak politik pecah belah – Yuneswaran
January 14, 2026, 6:46 pm
Kabinet beri 'lampu hijau' KDN laksana operasi pekerja asing salah guna visa
January 14, 2026, 5:13 pm
Wanita dakwa dicabul, dipukul 'pegawai polis' ketika tunggu suami dalam kereta di Gombak
January 14, 2026, 4:28 pm
Bayi tiga bulan patah tulang paha disyaki jadi mangsa dera pengasuh di Taman Koperasi Polis
January 14, 2026, 2:37 pm
Samenta kecam penutupan hotel ‘mesra gay’ di Melaka
January 14, 2026, 2:25 pm
Pas cabar Ahmad Zahid berlawan hujah dan idea di pentas demokrasi
January 14, 2026, 2:23 pm
