Berita Berita
Duda, janda ditangkap khalwat, beri alasan jaga rakan sepejabat
KOTA TINGGI 5 Dis – Keasyikan seorang duda dan seorang janda berkhalwat di sebuah hotel di sini terbantut apabila mereka diserbu penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) malam tadi.
Menurut kenyataan JAINJ, serbuan dilakukan kira-kira pukul 10.30 malam selepas pintu bilik tidak dibuka walaupun diketuk berulang kali.
“Lima minit kemudian, seorang wanita berbaju tidur paras separuh paha membuka pintu. Keadaan bilik ketika itu gelap dan penguat kuasa terpaksa menggunakan lampu suluh sebelum menyalakan lampu.
“Televisyen ditutup, manakala pemeriksaan di tandas mendapati ia terkunci dari dalam. Penguat kuasa mengetuk pintu dan memanggil beberapa kali namun tiada jawapan, sebelum ia akhirnya dibuka oleh seorang lelaki memakai seluar jean dan singlet,” katanya.
Siasatan mendapati lelaki berusia lingkungan 30-an itu berstatus duda, manakala wanita berusia 40-an merupakan janda. Mereka disahkan bukan mahram.
“Bilik disewa atas nama wanita tersebut yang mendakwa berada di hotel bagi urusan kerja, manakala lelaki itu datang ke bilik berkenaan. Beg dan pakaian wanita ditemui, namun tiada barangan milik lelaki.
“Mereka adalah rakan sepejabat dari daerah lain yang mempunyai urusan kerja di Kota Tinggi dan tiba dengan dua kereta berasingan,” jelas kenyataan itu.
Pemeriksaan lanjut turut menemui selimut yang berselerak di atas katil, manakala tuala dan tisu basah ditemukan dalam bakul sampah.
“Apabila ditanya tujuan lelaki itu datang ke bilik, dia mendakwa mahu menjaga keselamatan rakan sepejabatnya.”
Pasangan tersebut dibawa ke balai polis dan akan didakwa di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997.
Berita berkaitan
January 14, 2026, 10:54 pm
Awas, rakyat tipu maklumat STR boleh dikenakan tindakan undang-undang - MoF
January 14, 2026, 10:14 pm
Pegawai syariah, peguam syarie direman terlibat kes kartel hibah bernilai RM91,000
January 14, 2026, 8:46 pm
Hari Ponggal lambang perpaduan, rakyat diingatkan tolak politik pecah belah – Yuneswaran
January 14, 2026, 6:46 pm
Kabinet beri 'lampu hijau' KDN laksana operasi pekerja asing salah guna visa
January 14, 2026, 5:13 pm
Wanita dakwa dicabul, dipukul 'pegawai polis' ketika tunggu suami dalam kereta di Gombak
January 14, 2026, 4:28 pm
Bayi tiga bulan patah tulang paha disyaki jadi mangsa dera pengasuh di Taman Koperasi Polis
January 14, 2026, 2:37 pm
Samenta kecam penutupan hotel ‘mesra gay’ di Melaka
January 14, 2026, 2:25 pm
Pas cabar Ahmad Zahid berlawan hujah dan idea di pentas demokrasi
January 14, 2026, 2:23 pm
