Berita Berita
Ibu buta terpaksa merangkak 150 meter minta bantuan selepas 5 hari terkurung bersama mayat anak di rumah
KUCHING 6 Dis - Detik memilukan berlaku di Kampung Telok Sabang, Kota Samarahan apabila seorang wanita warga emas yang buta terpaksa mengerah seluruh kudrat merangkak keluar dari rumah bagi mendapatkan bantuan selepas beberapa hari terperangkap bersama mayat anak perempuannya.
Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Superintendan Damataries Lautin berkata, kejadian bermula apabila anak wanita berusia 48 tahun itu mengadu sakit dada dan sesak nafas pada 30 November lalu.
Wanita berusia 69 tahun berkenaan menyedari anaknya sudah meninggal dunia, namun tidak berdaya berbuat apa-apa kerana kecacatan penglihatan serta keadaan fizikal yang lemah. Dia hanya mampu menunggu dengan harapan ada individu yang datang membantu.
"Namun bau mayat yang semakin kuat semalam menyebabkan si ibu tidak lagi mampu bertahan dan mengumpulkan seluruh tenaga untuk merangkak keluar dari rumah dengan berpandukan sentuhan di sepanjang denai sempit kira-kira 150 meter.
"Wanita itu merangkak dalam keadaan sangat lemah sehingga sampai ke tepi jalan besar pada awal pagi hari ini, sebelum ditemui orang awam," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pasukan polis bersama unit forensik yang tiba di lokasi mendapati wanita berusia 48 tahun itu sudah meninggal dunia sejak lima hari lalu dan tiada sebarang unsur jenayah dikesan.
Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat, yang kemudian mengesahkan punca kematian sebagai serangan jantung akibat tiga saluran jantung tersumbat sepenuhnya.
"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.
Berita berkaitan
January 15, 2026, 8:06 am
Tujuh polis disyaki terlibat dadah digantung tugas sementara menunggu keputusan mahkamah
January 14, 2026, 10:54 pm
Awas, rakyat tipu maklumat STR boleh dikenakan tindakan undang-undang - MoF
January 14, 2026, 10:14 pm
Pegawai syariah, peguam syarie direman terlibat kes kartel hibah bernilai RM91,000
January 14, 2026, 8:46 pm
Hari Ponggal lambang perpaduan, rakyat diingatkan tolak politik pecah belah – Yuneswaran
January 14, 2026, 6:46 pm
Kabinet beri 'lampu hijau' KDN laksana operasi pekerja asing salah guna visa
January 14, 2026, 5:13 pm
Wanita dakwa dicabul, dipukul 'pegawai polis' ketika tunggu suami dalam kereta di Gombak
January 14, 2026, 4:28 pm
Bayi tiga bulan patah tulang paha disyaki jadi mangsa dera pengasuh di Taman Koperasi Polis
January 14, 2026, 2:37 pm
Samenta kecam penutupan hotel ‘mesra gay’ di Melaka
January 14, 2026, 2:25 pm
