Berita Berita
Tujuh polis disyaki terlibat dadah digantung tugas sementara menunggu keputusan mahkamah
KUANTAN 16 Jan - Dua pegawai dan lima anggota polis yang didakwa terlibat dalam penyalahgunaan dadah di Mentakab, Temerloh akan digantung kerja sementara sehingga proses perundangan terhadap mereka selesai.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kesemua suspek lelaki berusia lingkungan 20 hingga 40-an itu telah dihadapkan ke mahkamah pada minggu lalu dan kini sedang melalui proses tindakan pentadbiran.
“Kesemua mereka sedang dalam proses dikenakan tindakan gantung kerja sementara menunggu keputusan kes mahkamah,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau turut meminta orang ramai menghentikan sebarang spekulasi berkaitan kes berkenaan dan menegaskan pihak polis telah mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang disyaki terlibat.
Sebelum ini, media melaporkan dua pegawai berpangkat Inspektor serta lima anggota berpangkat Koperal dan Lans Koperal ditahan dalam satu serbuan kira-kira jam 2.15 pagi pada 3 Januari lalu.
Hasil saringan awal air kencing mendapati seorang pegawai dan lima anggota positif dadah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 12(3) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Berita berkaitan
March 19, 2026, 11:55 pm
Remaja parah gegendang telinga pecah, patah hidung angkara ubah suai mercun bola di Seremban
March 19, 2026, 11:34 pm
Lelaki belasah, lenyek kepala isteri hamil akhirnya ditahan polis
March 19, 2026, 10:18 pm
Polis tumpas sindiket ‘mini kasino’ berselindung di sebalik syarikat sukan di Bukit Damansara
March 19, 2026, 8:15 pm
Malaysia sambut Aidilfitri pada 21 Mac 2026
March 19, 2026, 7:14 pm
Anwar ucap tahniah Anutin jadi Perdana Menteri Thailand
March 19, 2026, 4:23 pm
KJ yakin UMNO masih ada asas kukuh untuk bangkit
March 19, 2026, 4:00 pm
'Tak larat nak hadap jem' - Perantau pilih kereta api pulang beraya
March 19, 2026, 2:17 pm
Krisis minyak global: Konflik AS-Iran cetus risiko defisit 10 juta tong sehari
March 19, 2026, 2:02 pm
