Berita Berita
Anwar kembali ke Sabah seminggu selepas PRN, bukti janji politik bukan bermusim
KOTA KINABALU 6 Dis - Kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sabah hari ini, hanya seminggu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) selesai, memberi isyarat jelas bahawa kerajaan tidak menunggu musim pilihan raya untuk menunaikan janji kepada rakyat.
Dalam ucapannya pada Majlis Sentuhan Madani Bersama Rakyat Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Anwar menolak persepsi bahawa komitmen ahli politik hanya dibuat sebelum pilihan raya.
"Kerana saya tidak mahu ada anggapan bahawa janji orang politik itu sebelum pilihan raya, dan setelah menang, dia rasa selesa. Tapi seperti yang kita dengar sendiri tadi sahabat saya, Datuk Seri Hajiji, bahawa ini bukan budaya politik kita,” katanya.
Beliau berseloroh bahawa sebaik sahaja keputusan PRN diumumkan dan Hajiji mengangkat sumpah sekitar jam 3 pagi, beliau terus mengirim mesej kepada Ketua Menteri dengan menyertakan lagu P. Ramlee, bagi menegaskan hubungan kerja yang berterusan.
Anwar turut menekankan bahawa fasa pilihan raya kini telah berlalu dan kerajaan harus memberi tumpuan kepada kerja untuk lima tahun mendatang.
“Sepertimana dijangka, ada yang gembira, ada yang kecewa. Itu lazim dalam demokrasi. Kematangannya ialah apabila kita terima dengan baik dan mendengar secara serius apa yang disuarakan rakyat,” katanya.
Menurutnya, walaupun berada di Sabah hanya dua hari, beliau menggunakan kesempatan itu untuk meninjau isu-isu rakyat merentas bandar, pinggir bandar, desa dan pedalaman bagi melihat keperluan meningkatkan usaha kerajaan.
Beliau berkata kerajaan Persekutuan sudah meluluskan peruntukan besar untuk kemudahan asas seperti air, elektrik, Lebuhraya Pan Borneo serta jalan-jalan kampung, namun mengakui masih ada kawasan yang belum menikmati sepenuhnya kemudahan tersebut.
“Kita dengar, jadi saya sudah cadangkan pada Unit Penyelarasan di Jabatan Perdana Menteri supaya mulai Januari kita mulakan pemantauan projek bersama kerajaan negeri… supaya kemajuannya dapat dipantau setiap bulan,” katanya.
Anwar juga menegaskan komitmen untuk mempercepat pelaksanaan projek negeri dan Persekutuan.
“Untuk projek tahun depan… saya luluskan peruntukan pada bulan Januari. Maknanya Januari boleh rancang, Januari mesti jalan,” katanya.
Berita berkaitan
January 15, 2026, 8:06 am
Tujuh polis disyaki terlibat dadah digantung tugas sementara menunggu keputusan mahkamah
January 14, 2026, 10:54 pm
Awas, rakyat tipu maklumat STR boleh dikenakan tindakan undang-undang - MoF
January 14, 2026, 10:14 pm
Pegawai syariah, peguam syarie direman terlibat kes kartel hibah bernilai RM91,000
January 14, 2026, 8:46 pm
Hari Ponggal lambang perpaduan, rakyat diingatkan tolak politik pecah belah – Yuneswaran
January 14, 2026, 6:46 pm
Kabinet beri 'lampu hijau' KDN laksana operasi pekerja asing salah guna visa
January 14, 2026, 5:13 pm
Wanita dakwa dicabul, dipukul 'pegawai polis' ketika tunggu suami dalam kereta di Gombak
January 14, 2026, 4:28 pm
Bayi tiga bulan patah tulang paha disyaki jadi mangsa dera pengasuh di Taman Koperasi Polis
January 14, 2026, 2:37 pm
Samenta kecam penutupan hotel ‘mesra gay’ di Melaka
January 14, 2026, 2:25 pm
