Berita Berita
PKR analisis prestasi PRN Sabah ke-17, mesyuarat MPP teliti dapatan awal
PUTRAJAYA 8 Dis – PKR menggerakkan proses menyeluruh bagi menilai prestasi parti itu serta Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang berlangsung hujung bulan lalu.
Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil, berkata pandangan dan dapatan berhubung keputusan PRN Sabah akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) akan datang.
“MPP PKR mengadakan mesyuarat khas hari ini di Putrajaya bagi membincangkan dapatan awal bedah siasat PRN Sabah ke-17, termasuk isu-isu yang berkait prestasi kerusi-kerusi ditandingi PKR dan PH. Proses pengumpulan pandangan dan dapatan akan diteruskan untuk tindakan susulan pada mesyuarat MPP akan datang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mesyuarat khas itu dipengerusikan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan berlangsung selama dua jam bermula jam 5 petang. Fahmi berkata, mesyuarat turut menerima taklimat ringkas daripada Anwar mengenai beberapa tindakan ekonomi terkini, termasuk kenaikan had ambang e-invois dan pembayaran lebihan cukai yang perlu dibayar balik lebih pantas.
Pada PRN Sabah ke-17 pada 29 November lalu, PH hanya berjaya memenangi satu daripada 22 kerusi yang ditandinginya. Usaha mendapatkan reaksi ahli MPP yang hadir pada mesyuarat berkenaan tidak berhasil.
Berita berkaitan
January 29, 2026, 1:48 pm
Warga asing dilarang beli minyak masak bersubsidi mulai 1 Mac ini - Armizan
January 29, 2026, 1:09 pm
Pegawai Imigresen didakwa terima suapan RM5,100 lepaskan warga asing di KLIA
January 29, 2026, 1:02 pm
Warga emas 72 tahun diseret hampir 10 meter pertahan barang kemas dari diragut penyangak di Kota Bharu
January 29, 2026, 11:19 am
Warga asing tak bayar bil rawatan RM102 juta di klinik, hospital kerajaan - Menteri Kesihatan
January 28, 2026, 7:19 pm
“Kalau tak mampu, berundur' — Anwar hilang sabar penguatkuasaan undang-undang lemah
January 28, 2026, 4:14 pm
