Berita Berita
Pelancong China cedera dilastik ketika berjalan di Kota Kinabalu, polis buru suspek
KOTA KINABALU 10 Dis - Polis sedang mengesan individu yang melastik seorang pelancong wanita warga China dalam kejadian di Jalan Kota Kinabalu Lama 2 berhampiran bangunan Public Bank, semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda, berkata pihaknya menerima laporan sekitar jam 7 malam membabitkan mangsa berusia 31 tahun.
Menurut beliau, mangsa ketika itu berjalan kaki bersama suaminya sebelum secara tiba-tiba terkena objek yang dipercayai dilastik dari sebuah kenderaan bergerak.
“Akibat insiden tersebut, mangsa mengalami lebam pada bahagian badan dan tampil membuat laporan polis.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan kerana perbuatan yang boleh membahayakan keselamatan orang lain,” katanya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, beliau memohon kerjasama orang ramai yang berada di lokasi kejadian agar tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.
Kasim turut meminta pemilik kenderaan yang mempunyai rakaman kamera papan pemuka (dashcam) dan melalui Jalan Kota Kinabalu Lama 2 atau Jalan Pantai antara jam 6.45 petang hingga 7.15 malam pada tarikh kejadian untuk menghubungi polis.
“Maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Sarjan Damian Frederick di talian 017-6561513 atau Bilik Gerakan IPD Kota Kinabalu di talian 088-310208,” katanya.
Berita berkaitan
April 2, 2026, 12:31 pm
Azam Baki enggan ulas isu lanjutan kontrak Ketua Pesuruhjaya SPRM
April 2, 2026, 12:19 pm
Anthony Loke ziarah balu mangsa rempuhan pemandu mabuk, sampaikan sumbangan peribadi
April 2, 2026, 12:03 pm
Hukum rimba ganti kedaulatan undang-undang global, PM bidas sikap hipokrit kuasa besar
April 2, 2026, 11:47 am
Kifarah Langkah Kajang: Faekah Husin persoal kredibiliti Rafizi dan kepimpinan Anwar
April 2, 2026, 11:38 am
Mekanik maut rempuh van polis sedang membelok masuk stesen minyak
April 2, 2026, 11:26 am
Sin Sing Coffee nafi guna berus tidak halal, tegaskan status sijil masih sah
April 2, 2026, 11:26 am
MCMC siasat lima individu sebar maklumat palsu harga minyak di media sosial
April 2, 2026, 11:15 am
