Berita Berita
Tiga lelaki jatuh laut di Pulau Pinang dalam tempoh 24 jam
GEORGE TOWN 10 Dis - Pulau Pinang mencatatkan tiga insiden berasingan membabitkan individu terjatuh ke laut dalam tempoh 24 jam, dengan dua kejadian di Jambatan Pulau Pinang dan satu di perairan Butterworth.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, kes pertama berlaku pada Isnin jam 1.41 tengah hari di Tambatan W3 Dermaga Dalam, Butterworth selepas sebuah motosikal dan telefon bimbit ditemui ditinggalkan di lokasi.
Mangsa berusia 46 tahun, namun statusnya masih belum dapat dipastikan.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan Polis Marin, Maritim Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan Bomba Port, dengan kawasan pencarian dibahagikan kepada empat sektor.
Kejadian kedua berlaku pada Isnin jam 8.22 malam apabila seorang lelaki bersenjata tajam dilihat dalam keadaan mencurigakan dan dipercayai terjatuh ke laut di KM 4.0 Jambatan Pulau Pinang menghala ke Perai.
Mangsa tidak ditemui, dan operasi SAR kini diselaras Maritim Malaysia dengan bantuan bot bomba, APM dan Pasukan Bomba Sukarela.
Kes ketiga dikesan pada jam 3.30 pagi Selasa, apabila rakaman CCTV Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menunjukkan seorang lelaki dipercayai terjatuh di lokasi sama.
Pasukan BBP Perai menemui barangan peribadi mangsa, seorang lelaki berusia 31 tahun, yang masih belum dikenal pasti.
SAR diteruskan dengan kerjasama pelbagai agensi keselamatan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan.
Berita berkaitan
April 2, 2026, 4:35 pm
Pendidikan undang-undang perlu diperkasa untuk lahirkan peguam masa depan — Prof Sivakumar
April 2, 2026, 4:32 pm
Kerajaan sedia tambah subsidi, pantau kenaikan harga barang tidak munasabah
April 2, 2026, 12:31 pm
Azam Baki enggan ulas isu lanjutan kontrak Ketua Pesuruhjaya SPRM
April 2, 2026, 12:19 pm
Anthony Loke ziarah balu mangsa rempuhan pemandu mabuk, sampaikan sumbangan peribadi
April 2, 2026, 12:03 pm
Hukum rimba ganti kedaulatan undang-undang global, PM bidas sikap hipokrit kuasa besar
April 2, 2026, 11:47 am
