Berita Berita
Lelaki bunuh, simpan mayat isteri berdepan hukuman gantung sampai mati
BUKIT MERTAJAM 18 Dis - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh isterinya pada minggu lalu.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Khairul Rizuan Abdullah, 28, yang hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh isteri, Wan Khairul Safinah Ishak, 44, di Flat Tuna, Jalan Tuna, Seberang Jaya dekat sini, kira-kira jam 4 petang 8 Disember lalu.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta tidak kurang 12 sebatan jika tidak dikenakan hukuman gantung, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Anis Suhada Rosli, manakala tertuduh tiada diwakili oleh peguam.
Anis Suhada tidak menawarkan sebarang ikat jamin terhadap tertuduh memandangkan kes adalah jenayah bunuh.
Mahkamah kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin, serta menetapkan 10 Februari tahun depan sebagai tarikh serahan laporan kimia dan bedah siasat.
Sebelum ini, media melaporkan polis menahan seorang lelaki disyaki membunuh isterinya dan menyimpan mayat wanita itu selama empat hari sebelum tampil ke balai polis berhampiran untuk memaklumkan kejadian berkenaan.
Suspek hadir sendiri ke balai polis dan mengaku berlaku kematian di rumah mereka di tingkat dua pangsapuri berkenaan.
Hasil pemeriksaan polis membawa kepada penemuan mayat seorang wanita dengan kesan kelar pada leher dipercayai diakibatkan senjata tajam, di dalam bilik belakang rumah itu.
Suspek mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan kesalahan dadah dan jenayah.
Difahamkan mangsa berkahwin dengan suspek sejak dua tahun lalu, yang juga perkahwinan kali ketiganya
Hasil siasatan mendapati punca kejadian dipercayai bermotifkan cemburu.
Berita berkaitan
January 16, 2026, 12:59 pm
Shahril Hamdan tiada hasrat kembali ke barisan hadapan politik
January 16, 2026, 12:54 pm
UMNO junjung kasih Agong, mohon ihsan buat Najib Razak
January 16, 2026, 12:29 pm
UMNO tubuh jawatankuasa penyatuan ummah, buka pintu terima kembali bekas ahli
January 16, 2026, 11:28 am
Pertambahan ahli UMNO bukan jaminan kemenangan pilihan raya – Asyraf Wajdi
January 16, 2026, 11:25 am
Wanita maut dirempuh van Thailand langgar lampu merah di Jitra
January 16, 2026, 10:53 am
Mahkamah bebaskan Allahyarham Bung Moktar daripada tuduhan rasuah RM2.8 juta, tuduhan Zizie Izzete kekal
January 16, 2026, 10:46 am
DAP bukan masalah terbesar rakyat, fokus isu lebih relevan - DAP Melaka
January 16, 2026, 9:06 am
Ab Rauf sahkan PRN Melaka diadakan tahun ini
January 15, 2026, 6:15 pm
