Berita Berita
Pertambahan ahli UMNO bukan jaminan kemenangan pilihan raya – Asyraf Wajdi
KUALA LUMPUR 16 Jan – Pertambahan keahlian UMNO sebanyak kira-kira 46,655 orang pada tahun ini tidak menjamin kemenangan parti itu dalam setiap Pilihan Raya Umum (PRU) atau Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pengalaman parti dalam Pilihan Raya Negeri Sabah menjadi satu ‘wake up call’ terbesar yang perlu dijadikan iktibar.
Menurutnya, meskipun UMNO memasuki pilihan raya tersebut dengan keyakinan memiliki seramai 622,637 ahli, jumlah undi yang diperoleh hanyalah 144,584 undi.
“Pengajarannya jelas, ahli bukan semestinya pengundi dan pengundi pula tidak semestinya kekal bersama kita,” katanya ketika berucap pada Persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2025 (PAU 2025) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini.
Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata trend penurunan sokongan itu bukan hanya berlaku di Sabah, sebaliknya turut berulang dalam tiga Pilihan Raya Umum sebelum ini iaitu PRU13, PRU14 dan PRU15.
Sehubungan itu, beliau menegaskan UMNO perlu melakukan muhasabah menjelang PRN Melaka, Johor serta PRU16 nanti.
“Kita wajib bertanya dengan jujur, adakah pertambahan 46,655 ahli pada tahun ini yang menjadikan jumlah keseluruhan 3.525 juta ahli sudah mencukupi untuk menjamin kemenangan?
“Statistik di banyak negeri menunjukkan jurang yang ketara antara jumlah ahli dengan jumlah undi yang diterima,” katanya.
Berita berkaitan
January 16, 2026, 3:36 pm
UMNO sedia buka pintu seluas-luasnya tarik tokoh Melayu kembali ke parti
January 16, 2026, 3:17 pm
Padang Merbok dibuka semula kepada orang awam selepas hampir setahun ditutup
January 16, 2026, 3:03 pm
Siasatan dakwaan aktiviti tidak bermoral libatkan 21 pegawai TUDM selesai
January 16, 2026, 2:57 pm
Dua pelajar universiti swasta masih dirawat akibat letupan gas pendingin hawa
January 16, 2026, 12:59 pm
Shahril Hamdan tiada hasrat kembali ke barisan hadapan politik
January 16, 2026, 12:54 pm
UMNO junjung kasih Agong, mohon ihsan buat Najib Razak
January 16, 2026, 12:29 pm
UMNO tubuh jawatankuasa penyatuan ummah, buka pintu terima kembali bekas ahli
January 16, 2026, 11:25 am
