Berita Berita
ROS sahkan pelanggaran perlembagaan MIPP, pemilihan Presiden PN berdepan risiko dicabar
KUALA LUMPUR 15 Jan - Keputusan rasmi Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengesahkan berlaku pelanggaran serius terhadap Perlembagaan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap kesahihan penglibatan parti itu dalam proses pemilihan Presiden Perikatan Nasional (PN) yang dijadualkan berlangsung tidak lama lagi.
Berdasarkan keputusan ROS bertarikh 5 Disember 2025, siasatan mendapati terdapat individu yang tidak berdaftar sebagai ahli sah MIPP terlibat secara langsung dalam urusan parti, termasuk membuat keputusan bagi pihak kepimpinan.
Menurut dokumen rasmi ROS yang didedahkan oleh kepimpinan MIPP, perkara itu disifatkan sebagai pelanggaran Fasal 4.2 Perlembagaan MIPP yang berkaitan keahlian parti.
Selain isu keahlian, ROS turut mengesahkan berlaku salah urus kewangan apabila dana parti tidak diuruskan melalui akaun bank rasmi MIPP. Situasi itu berpunca daripada status Setiausaha Agung parti yang disahkan bankrap sejak 2016.
Keadaan berkenaan didapati bercanggah dengan Akta Pertubuhan 1966 serta prinsip ketelusan kewangan yang wajib dipatuhi oleh pertubuhan berdaftar.
Siasatan sama turut mendedahkan pelanggaran tatacara keahlian apabila Presiden dan Setiausaha Agung parti meluluskan pengecualian bayaran yuran kepada ahli baharu, tindakan yang bercanggah dengan perlembagaan parti.
Menurut ROS, perkara itu menimbulkan persoalan serius terhadap kesahihan struktur keahlian serta Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang diadakan oleh parti berkenaan.
Berikutan pelanggaran berterusan itu, ROS telah mengeluarkan Surat Amaran Rasmi kepada MIPP atas kegagalan mematuhi peruntukan perlembagaan parti dan undang-undang pertubuhan.
Dalam kenyataan media sama, kepimpinan MIPP memberi amaran bahawa sebarang penglibatan individu yang status keahliannya telah dipertikaikan dan kini disahkan bermasalah oleh ROS dalam urusan rasmi PN, termasuk pengundian atau perwakilan dalam pemilihan Presiden PN, berpotensi menyebabkan keseluruhan proses tersebut dicabar secara undang-undang dan diisytiharkan tidak sah pada masa hadapan.
Jurucakap MIPP, Suthan Mookaiah, berkata isu berkenaan tidak boleh dianggap sebagai pertikaian dalaman semata-mata kerana ia melibatkan integriti proses membuat keputusan dalam sebuah gabungan politik nasional.
“Ini soal kedaulatan undang-undang dan integriti Perikatan Nasional. PN tidak boleh mengambil risiko membenarkan individu yang status keahliannya dipertikaikan oleh ROS terus mewakili parti dalam Majlis Tertinggi gabungan,” katanya.
Untuk rekod, isu keahlian dan kesahihan kepimpinan MIPP kini turut dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menerusi satu saman interparte, dengan keputusan dijadualkan pada Februari 2026.
Pihak MIPP memaklumkan bahawa nasihat rasmi telah dikemukakan kepada Sekretariat PN supaya menggantung penyertaan serta hak pengundian wakil-wakil MIPP yang dipertikaikan sehingga status undang-undang mereka diputuskan sepenuhnya oleh mahkamah. - Media Telus
Berita berkaitan
March 12, 2026, 8:51 pm
Menteri Agama arah JAWI siasat sepanduk guna terjemahan al-Quran sokong budaya songsang
March 12, 2026, 7:19 pm
Inspektor polis mengaku tidak bersalah terima dan minta rasuah RM5,300, tipu duit jaminan
March 12, 2026, 7:03 pm
Tiga maut termasuk bayi tujuh bulan dalam nahas dua kenderaan di Bukit Sentosa
March 12, 2026, 5:22 pm
Polis tahan remaja lelaki disyaki bunuh wanita dengan 14 tikaman di hotel
March 12, 2026, 3:53 pm
Dua 'pengasuh' taska kes kematian bayi tidak ikuti Kursus Asuhan PERMATA
March 12, 2026, 3:25 pm
'Banyak benda dah diatur' - Pulau Pinang teruskan rumah terbuka Aidilfitri secara sederhana
March 12, 2026, 2:47 pm
Trafik lebuh raya dijangka cecah 2.3 juta kenderaan sehari sempena Aidilfitri
March 12, 2026, 1:19 pm
TPM Ahmad Zahid hargai jasa Sathia menghiburkan rakyat Malaysia, hulur sumbangan ringan beban
March 12, 2026, 12:45 pm
Timbalan CEO SSM didakwa terima RM50,000 daripada anak Hamzah Zainudin tanpa balasan
March 12, 2026, 12:14 pm
