Berita Berita
Ab Rauf sahkan PRN Melaka diadakan tahun ini
KUALA LUMPUR 16 Jan - Proses demokrasi di Melaka dijangka memasuki fasa baharu tahun ini apabila penggal pentadbiran Kerajaan Negeri menghampiri penghujungnya, sekali gus membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, mengesahkan PRN Melaka akan diadakan pada tahun ini.
Beliau berkata, penggal pentadbiran Kerajaan Melaka sedia ada dijadualkan berakhir pada tahun ini, dengan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dibubarkan bagi memberi laluan kepada PRN.
"Memandangkan penggal pentadbiran Kerajaan Melaka berakhir tahun ini, PRN akan diadakan pada tahun ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL), malam tadi.
PRN Melaka yang terakhir sebelum ini diadakan pada 20 November 2021.
Berita berkaitan
March 12, 2026, 8:51 pm
Menteri Agama arah JAWI siasat sepanduk guna terjemahan al-Quran sokong budaya songsang
March 12, 2026, 7:19 pm
Inspektor polis mengaku tidak bersalah terima dan minta rasuah RM5,300, tipu duit jaminan
March 12, 2026, 7:03 pm
Tiga maut termasuk bayi tujuh bulan dalam nahas dua kenderaan di Bukit Sentosa
March 12, 2026, 5:22 pm
Polis tahan remaja lelaki disyaki bunuh wanita dengan 14 tikaman di hotel
March 12, 2026, 3:53 pm
Dua 'pengasuh' taska kes kematian bayi tidak ikuti Kursus Asuhan PERMATA
March 12, 2026, 3:25 pm
'Banyak benda dah diatur' - Pulau Pinang teruskan rumah terbuka Aidilfitri secara sederhana
March 12, 2026, 2:47 pm
Trafik lebuh raya dijangka cecah 2.3 juta kenderaan sehari sempena Aidilfitri
March 12, 2026, 1:19 pm
TPM Ahmad Zahid hargai jasa Sathia menghiburkan rakyat Malaysia, hulur sumbangan ringan beban
March 12, 2026, 12:45 pm
Timbalan CEO SSM didakwa terima RM50,000 daripada anak Hamzah Zainudin tanpa balasan
March 12, 2026, 12:14 pm
