Berita Berita
DAP bukan masalah terbesar rakyat, fokus isu lebih relevan - DAP Melaka
MELAKA 16 Jan – DAP Melaka menghormati pendirian Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh yang berhasrat untuk terus menentang parti itu, namun menegaskan bahawa DAP bukan isu utama yang sedang membelenggu rakyat ketika ini.
Setiausaha Publisiti DAP Melaka, Kerk Chee Yee berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu sepatutnya memberi tumpuan kepada isu-isu lebih penting yang memberi kesan langsung kepada rakyat dan ekonomi negara.
“Kami menghormati hasrat Dr Akmal untuk terus menentang DAP. Namun kami berharap beliau juga meluangkan masa menentang masalah yang lebih relevan seperti rasuah, ekstremisme serta usaha meningkatkan ekonomi dan daya saing negara, bukan sekadar menumpukan kepada DAP semata-mata.
“DAP bukan masalah terbesar rakyat Malaysia hari ini, mungkin hanya bagi Dr Akmal. Namun kami faham, setiap individu mempunyai ‘hobi’ masing-masing. Selamat maju jaya kepada Dr Akmal,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Pada Khamis, Dr Akmal mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka, yang akan berkuat kuasa minggu hadapan.
Bagaimanapun, beliau menegaskan tidak akan melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pemuda UMNO seperti yang diramalkan sebelum ini.
Keputusan itu diumumkan ketika Dr Akmal menyampaikan ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC).
Menurut Dr Akmal, peletakan jawatan berkenaan dibuat bagi membolehkannya memberi tumpuan sepenuhnya kepada perjuangan menentang DAP.
Berita berkaitan
March 11, 2026, 9:19 am
Mat Sabu ingatkan warga KPKM kerja dengan ikhlas dan amanah
March 10, 2026, 10:58 pm
Krisis minyak 2026: Thailand mulakan langkah penjimatan, arah agensi kerajaan laksana WFH
March 10, 2026, 6:05 pm
JIM gempur ‘Mini Dhaka’ di Lebuh Pudu, 823 warga asing diperiksa
March 10, 2026, 5:09 pm
Bicara Muhyiddin: Akaun BERSATU terima RM19.3 juta cetus ‘Red Flag’, dilapor kepada BNM
March 10, 2026, 4:41 pm
Alexander Nanta nafi kenyataan kerjasama GPS dengan PAS
March 10, 2026, 4:36 pm
Syahredzan gesa tindakan tegas isu hina simbol suci Hindu
March 10, 2026, 4:24 pm
Insiden bakar kereta Cikgu Chandra jenayah serius – Sanjeevan
March 10, 2026, 4:19 pm
