Berita Berita
Mayat wanita dalam beg ditanam belakang rumah kosong dipercayai Suri, hilang sejak 15 Disember
REMBAU 19 Dis – Mayat dalam beg yang ditemukan ditanam di belakang sebuah rumah di Batu 4, Pedas, di sini, semalam dipercayai individu yang dilaporkan hilang di Ampang Jaya, Selangor, baru-baru ini.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pada 15 Disember lalu, satu laporan polis berkaitan orang hilang membabitkan seorang wanita diterima Balai Polis Ampang.
“Bertindak atas maklumat, pihak polis telah pergi ke sebuah rumah di Jalan Pedas – Linggi Rembau. Pemeriksaan di sekitar kawasan rumah tersebut telah mengesan unsur-unsur berlakunya perlakuan jenayah di kawasan belakang rumah tersebut.
“Pemeriksaan lanjut telah menjumpai satu beg mengandungi mayat seorang perempuan yang ditanam.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan oleh Pegawai Penyiasat bahagian siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Rembau.
“Pihak polis kini sedang giat menjalankan siasatan dan usaha mengesan individu yang disyaki terlibat dalam kes ini,” katanya semalam.
Ujar Alzafny lagi, prosedur bedah siasat akan dijalankan esok dan orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi hotline ibu pejabat polis daerah rembau di talian 06-6852222.
Berita berkaitan
May 13, 2026, 6:42 pm
Warga emas tersilap tekan pedal minyak rempuh pasar raya
May 13, 2026, 6:38 pm
Bakal pengantin menyorok atas siling elak dicekup khalwat
May 13, 2026, 6:34 pm
Sanusi gesa polis ambil tindakan ekstrem basmi sindiket dadah di Langkawi
May 13, 2026, 2:15 pm
Pelajar tingkatan satu maut di asrama akibat pendarahan kepala, paru-paru berair
May 13, 2026, 1:46 pm
Shamsul Azri puji sumbangan Azam Baki perkukuh SPRM sebagai badan penguat kuasa unggul
May 13, 2026, 1:43 pm
Johari Abdul Ghani bantah pengampunan Jho Low, gesa AS beri kerjasama
May 13, 2026, 9:46 am
Wanita warga asing ditahan kes buang bayi di Semporna
May 13, 2026, 9:05 am
Myvi keluar simpang mengejut, pemandu lori maut kemalangan di Geliga
May 13, 2026, 8:48 am
